Jumaat, 18 September 2009

Ukhwah Terlanjur

Saya nak mengulas tentang satu fenomena tidak baik yang biasa berlaku dalam masyarakat orang baik-baik. Ada permintaan untuk saya menulis tentang isu ini. Rasanya dah hampir sebulan. Hari ni saya curi masa sedikit untuk berkongsi dengan pembaca sekelian pandangan saya tentang isu ini.Hmm .. apa istilah yang paling tepat untuk kita namakan fenomena ini ya?Dua orang rakan … sama jantina … berkasih sayang … amat intim … jalan ke mana-mana bersama-sama … tak suka orang lain ganggu mereka … kadang-kadang timbul rasa cemburu … amat setia pada rakan akrabnya itu …Sekali pandang nampak macam mereka ni masuk dalam salah satu dari tujuh golongan yang dilindungi oleh Allah di bawah lindunganNya; dua lelaki berkasih sayang kerana Allah, bertemu keranaNya dan berpisah keranaNya. So, oklah tu. Tapi pandang dari sudut yang lain, nampak ‘lebih-lebih’ pula.Semasa saya masih belajar di Mesir, perkara yang sama berlaku kepada beberapa orang rakan. Kami namakan fenomena ini sebagai masalah ‘asyiq’ (mabuk cinta). Oleh kerana ada unsur-unsur ukhuwwah dalam hubungan sebegini saya bagi nama baru … ’ukhuwwah terlanjur’.Mungkin sebahagian akan rasa pelik kalau saya katakan bahawa fenomena seumpama ini lebih bahaya dari cinta seorang lelaki terhadap seorang perempuan. Tetapi itulah hakikatnya. Ianya lebih halus kerana tabiat salahnya tersembunyi dan berselindung di sebalik lafaz-lafaz dan istilah-istilah suci.Batas Hubungan Sesama JantinaBukan hanya hubungan antara lelaki dan perempuan sahaja ada batas-batasnya. Lelaki dan lelaki, perempuan dan perempuan juga ada batas-batas pergaulannya yang tersendiri. Maaf saya sebut; jenayah liwat berlaku kerana hubungan sesama jenis di luar batas.Ulama’ silam pernah membincangkan tentang batas aurat lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan. Ada yang longgar dan ada yang ketat. Ada yang berpendapat antara lelaki dengan lelaki auratnya adalah antara pusat dan lutut. Sebahagian dari orang-orang bujang yang duduk serumah mungkin terbiasa dengan satu kebiasaan keluar masuk tandas dan jalan mundar mandir di dalam rumah dengan bertuala singkat. Nampak peha dan semua bulu ‘roma’ betis dan peha. Kedalaman pusat yang disebut oleh masyarakat Melayu sebagai ukuran kedekut seseorang pun boleh dilihat. Tak malu pula dia mendedahkan kedekutnya tu.Bagi perempuan dengan perempuan sebahagian ulama’ lebih ketat lagi sehingga ada yang berpendapat seorang muslimah di hadapan seorang wanita non muslim, auratnya adalah seperti di hadapan seorang lelaki.Ulama’ juga telah membincangkan tentang hukum lelaki tidur dalam satu selimut dengan lelaki lain. Ada yang berpendapat haram jika tidak ada penghadang di tengah-tengah yang menghalang sentuhan kulit. Ada yang kata haram secara mutlak jika kedua-duanya tidak berpakaian walau pun ada penghadang atau jauh (kalau selimut besar).Ulama’ juga membincangkan tentang hukum melihat aurat seorang kanak-kanak lelaki. Kanak-kanak ada aurat? Bagi sebahagian ulama’ haram seorang lelaki melihat aurat seorang kanak-kanak lelaki yang belum baligh apabila dia sudah berusia melebihi tujuh tahun.Ulama’ juga membincangkan hukum lelaki melihat lelaki dengan syahwat. Jangan terkejut. Boleh berlaku juga tu walau pun agak pelik. Kalau lelaki atau perempuan selama-lamanya tidak akan teransang syahwatnya dengan melihat kaum sejenis, tidak adalah di dalam dunia ni golongan gay dan lesbian.Ulama’ juga membincangkan adat kebiasaan masyarakat Timur Tengah yang telah menjadi sebahagian dari adat kita; iaitu budaya berpelukan apabila bertemu. Orang Mesir akan berpelukan dan tepuk belakang badan rakannya. Sebahagian penduduk Mesir di sebelah selatan dan sebahagian masyarakat Sudan ada tambahan; iaitu lagakan antara hidung. Orang Yaman pula akan cium bahu. Ada orang Arab yang akan lagakan pipi. Ada ulama’ yang mengatakan ianya haram jika dilakukan dengan amrad, si lelaki yang jelita (akan saya terangkan di bawah).Berkasih Sayang Sesama JantinaSebahagian dari kita mungkin memiliki kecenderungan yang terlalu tinggi untuk berkasih sayang. Tapi mungkin oleh kerana dia tidak duduk dalam masyarakat yang bergaul bebas di antara lelaki dan perempuan, kecenderungan itu mungkin dicurahkan kepada rakan-rakan sejenis. Lalu dia akan mencari-cari kawan rapat. Dia suka berjalan ke sana ke sini dengan kawan rapatnya. Dia suka kalau dapat duduk serumah apatah lagi kalau dapat duduk sebilik dengan kawan rapatnya itu.Sampai di situ tidak ada masalah lagi.Masalah bermula apabila dia memilih lelaki yang mempunyai sifat-sifat wanita. Lagi sekali minta maaf; bukan nak tujukan pada sesiapa … tetapi memang ada lelaki yang Allah jadikan kurang sikit sifat kelelakiannya. Dia tidak bermisai dan tidak juga berjanggut. Badannya tidak berotot. Kulitnya licin. Mukanya kacak? Oo bukan kacak …. tapi jelita. Suaranya tidak garau. Suka senyum-senyum dan kalau diusik dia malu-malu kucing.Ulama’ silam sudah pun mula membincangkan tentang lelaki jenis ini di dalam buku-buku fiqh tradisional mereka sejak berbelas kurun yang lepas. Kalau saudara-saudara lihat dalam fiqh Islami, ada lelaki yang diistilahkan oleh fuqaha’ sebagai ‘amrad’.Imam Ibnu Abidin di dalam Hasyiah Raddil Mukhtar berkata: “Amrad adalah pemuda yang tidak bermisai dan tidak tumbuh janggut.” Beliau juga membawa kata-kata seorang ulama’ lain di dalam kitab tersebut: “Seorang pemuda apabila mencecah usia baligh seperti lelaki lain; jika mukanya tidak ‘jelita’ hukumnya adalah hukum seorang lelaki. Tetapi jika mukanya ‘jelita’, hukumnya adalah hukum seorang perempuan.”Ibnu Qudamah di dalam Syarah Kabir meriwayatkan satu hadis dari as-Sya’bi katanya:“Rombongan Abd al-Qis datang menemui Rasulullah s.a.w. Bersama-sama dengan mereka seorang pemuda amrad yang elok wajahnya. Rasulullah s.a.w. menyuruhnya duduk di belakang Baginda s.a.w.”Ibnu Qudamah menulis lagi:Abu Bakar al-A’yun berkata: “Seorang lelaki dari Khurasan, sahabat kepada Abu Abdullah datang bersama dengan seorang pemuda yang merupakan anak saudaranya. Wajahnya cantik. Dia bertemu dengan Abu Abdullah dan berbual-bual dengannya. Apabila kami bangun (untuk beredar) Abu Abdullah menemui pemuda cantik tersebut dan bertanya: “Apakah hubungan pemuda ini dengan kamu?” Lelaki Khurasan tersebut menjawab: “Beliau adalah anak saudara saya.” Abu Abdullah berkata: “Apabila kamu bertemu dengan saya, jangan bawa pemuda ini bersama-sama kamu. Saya juga berpendapat bahawa kamu tidak sepatutnya berjalan-jalan dengannya di perjalanan.”Inilah apa yang dinamakan oleh ulama’ sebagai amrad. Golongan ini sering dijadikan adik angkat oleh sesiapa sahaja yang mempunyai kecenderungan untuk menghadapi masalah di dalam bab kasih sayang. Kalau dalam dunia pendakwah di kalangan belia dan remaja pula, golongan ini dijadikan mad’u-mad’u rapat sebahagian pendakwah yang juga mungkin ada sedikit masalah di dalam kasih sayang.Kalau saudara rapat dengan golongan ini, suka berkawan dengan dia dan sanggup berkorban segala-galanya untuk dia, itu ukhuwwah. Tetapi apabila saudara suka berdua-duaan dengan dia, mungkin jalan-jalan pegang tangan dia, baring-baring sebelah dia, bergayut kat leher dia, sandarkan kepala di bahu dia dan mungkin sampai ke peringkat cium leher dia … goli den .. meghomang ghaso ehh… itu tanda-tanda dah terlanjur.Antara tanda-tanda awal ukhuwwah yang terlanjur ni adalah apabila kita mula rasa sayang yang berlebihan kepada rakan kita tu. Kemudian rasa rindu bila lama tak bertemu (kadang bukan lama sangat pun, dua tiga hari sahaja). Kemudian apabila bertemu kita rasa lebih seronok kalau kita berdua sahaja di dalam bilik dan tidak ada orang lain. Ingat ya, Imam Qalyubi dan Imam Umairah menegaskan haram khalwat dengan amrad! Kemudian kita rasa cemburu bila melihat rakan kita tu rapat dan mesra dengan orang lain.Kita rasa rakan kita tu milik kita sepenuhnya. Bahaya dah ni.Tapi ada yang lebih bahaya dari itu semua; iaitu apabila kita mula suka baring-baring rapat dengan dia. Kemudian mula kaki kita mendarat manja atas kaki dia. Mula-mula betis atas betis. Kemudian peha atas peha. Kemudian, dari hari ke hari …. makin lama makin jauh. Wal iyazubiLlah. Moga Allah jauhi.Bolehkah dirawat?Sudah tentu jawapannya boleh. Apa juga penyakit hati, semuanya boleh dirawat jika kita sanggup kembali kepada syariat Islam dan patuh kepada batas-batas agama. Cuma kenalah bermujahadah lebih kuat dari orang lain yang tidak ditimpa penyakit ini.Kalau dilayan (memang seronok melayannya) ditakuti selepas berkahwin pun akan ada masalah. Ada kes yang saya jumpa, seorang lelaki berkahwin dan menyediakan bilik untuk ‘adik angkatnya’ di dalam rumah beliau. Poning kepalo oghang ghumah ehh. Nak buek camno, terimo yolah ‘bini mudo’ tu.Sedikit Nasihat* Kepada sesiapa yang termasuk ke dalam golongan amrad, hati-hati sebab saudara ramai peminat. Jangan layan sesiapa yang mula memberikan perhatian istimewa kepada saudara seorang sahaja.* Bila kita bersahabat, bersahabatlah seramai mungkin. Jangan bataskan hanya kepada beberapa orang sahaja. Tingkatkan skill komunikasi kita sehingga mampu untuk bergaul dengan manusia yang pelbagai ragam.* Sentiasa berbual-bual dengan rakan rapat kita bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain. Elakkan dari mempunyai bilik sendiri dengan tahap privacy yang terlalu tinggi. Saya pernah bertemu kes seseorang yang menyediakan loceng khas di luar rumahnya untuk ‘adik angkat’nya. Kalau loceng rumah biasa yang berbunyi dia tak akan keluar dari biliknya (bilik memang sentiasa berkunci). Kalau loceng khas itu yang berbunyi (penggera diletak kat dalam bilik dia), dia akan buka. Dahsyat tak?*Segerakan berkahwin kalau kita memang ada kecenderungan untuk bermasalah dalam bab kasih sayang dengan kaum sejenis. Curahkan kasih sayang kita pada pasangan yang halal dengan cara yang halal.*Lelaki dan perempuan sama sahaja di dalam bab ini. Walau pun saya banyak menulis dan merujuk kepada kes lelaki tetapi alam hawa lebih rumit dan lebih teransang untuk terlanjur di dalam ukhuwwah. Setakat pengamatan, kes di dalam alam wanita lebih banyak jika dibandingkan dengan kaum lelaki.Moga Allah membersihkan kita dari dosa-dosa yang samar-samar. Wallahu al-Musta’an.

Warning:Berhati2 Dengan Gerakan Wahabi di Darul Quran

Asslamualaikum, mulo2 ambo minta maaf bnyoklah jika ado mano2 pihak yang berasa hati atau terkilan atau terkejut dengan pengumuman ini.Sedar atau tidak sedar rupa2nya dikalange ahli irsyad kita ada seorng pendakyah wahabi yang zohirnya nampak meme baik budi bahasa dan mulia pekerti.tetapi hakikatnya dia bnyak menghina ulamak2 dulu, mencaci pengajian pondok, kitab talaqqi, bnyk memperlekehkan amalan2 yang sunat yg dikatakan bidaah yg sesat dan sebagainya.Kononnya dirinya nak memperjuangkan sunnah tetapi itu hnyalh retorik semata-mata dan tersembunyi pelbagai agenda2 yang menyesatkan.Berwaspadalah wahai sahabat2 ku sekalian, Demi Allah aku bercakap dgn yang benar.Mereka ini ada pakatan dengn budak2 UIAM yg merupakan naqib2 mereka.Dan merancang untuk menyebarkan fahaman ini di kubu kuat ahl sunnah di Darul Quran.mereka bergerak dibwah satu kumpulan yang bernama Institut Imam Syafie(INTIS)yang dipimpin oleh Abg Amin .Jgn terpedaya dgn label yg dignakan, mrk sengaja menggunakan nama ulamak kita demi menutup dan mengaburkan agenda durjana mereka.Ambo buke nak menunding jari kpd mana2 pihak atau nak memecah belahkan jemaah irsyad kita.Tetapi percayalah, baru2 ini sahaja mereka telah merangcang suatu program yang melibatkan banin sem 1 dan persijilan DQ, kononnya ado Iftor Di Masjid UIAM tetapi telah menghadiri suatu ceramah yang diharamkam oleh JAKIM dan JAIS di sebuah rumah yang agak mewah.Ceramah itu telah disampaikan oleh Dr. Asri Zainal Abidin di Gombak.Mereka telah menipu ust2 di darul quran, mereka telah merancang dgn begitu teliti sehingga mengaburkan mata semua pihak.Tetapi Allah taala menzahirkan agenda sesat mereka.Pelbagai agenda dan program telah dirancang, berhati2 lah wahai akhowahku sekalian.Aku berdoa kepada Allah agar diberi hidayah kepada mrk yg masih lagi kabur dgn aqidah yang sebenar dan ditambahkan lagi hidayah bagi diriku.Semoga Allah menyingkirkan mereka2 yang merangcang utk merobohkan ukhwah islamiah dan menyesatkan orang2 awam di bumi Barakah Darul Quran. AMINNN

Dibawah ini sebagai Gambar Bukti Kegiatan mereka
 
 (Dari kiri Fadhli(mahager wahabi DQ), Zahrin(Ex-officeo whb DQ), Nazim, Abduh, MAZA, Amin)

Sahabatku Yang Sedang Bercinta KHAS BuatMU


Wanita SholikhahWanita yang didunianya solehah akan menjadi cahaya bagi keluarganya, melahirkan keturunan yang baik dan jika wafat di akhirat akan menjadi bidadari.Hikam :Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara faraz-nya. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara faraz-nya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya. Rosulullah SAW bersabda: "Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah." (HR. Muslim)Wanita solehah merupakan penentram batin, menjadi penguat semangat berjuang suami, semangat ibadah suami. Suami yakin tidak akan dikhianati, kalau ditatap benar-benar menyejukkan qolbu, kalau berbicara tutur katanya menentramkan batin, tidak ada keraguan terhadap sikapnya.Pada prinsipnya wanita solehah adalah wanita yang taat pada Allah, taat pada Rasul. Kecantikannya tidak menjadikan fitnah pada orang lain. Kalau wanita muda dari awal menjaga dirinya, selain dirinya akan terjaga, juga kehormatan dan kemuliaan akan terjaga pula, dan dirinya akan lebih dicintai Allah karena orang yang muda yang taat lebih dicintai Allah daripada orang tua yang taat. Dan, Insyaallah nanti oleh Allah akan diberi pendamping yang baik. Agar wanita solehah selalu konsisten yaitu dengan istiqomah menimba ilmu dari alam dan lingkungan di sekitarnya dan mengamalkan ilmu yang ada. Wanita yang solehah juga dapat berbakti terhadap suami dan bangsanya dan wanita yang solehah selalu belajar. Tiada hari tanpa belajar.


Seindah hiasan adalah wanita solehah Wanita solehah itu aurat dijaga, Pergaulan dipagari, Sifat malu pengikat diri,Seindah hiasan di dunia ini,Keayuan wanita solehah itu Tidak terletak pada kecantikan wajahnya, Kemanisan wanita solehah Tidak terletak pada kemanjaannya, Daya penarik wanita solehah itu Bukan pada kemanisan bicaranyayang menggoncang iman para muslimin Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidahMemujuk rayuBukan dan tidak sama sekali,Kepetahan wanita solehah Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama, Nafsu mengatakan wanita cantikdengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmuserta pandangan dari segala aspekHati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya, Itupun seandainya hati itu bersih untuk dinilai, Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran, Kerana satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman, Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman, Agar diri kita bersih dan sentiasa mendapat rahmat Ilahi, Wahai wanita jangan dibangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,Kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu, Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu, Kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu, Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu, Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpautpada wanita hanya kerana kecantikan parasnya, Bersyukurlah atas apa yg adaSerta berusaha demi keluarga, bangsa, dan agama,Salam perjuangan untuk sahabat dan sahabiyahku semua...

Khamis, 17 September 2009

Wahabi Hizbus Syaitan

Wahhabi = Hizbusy Syaithan ????

Al-'Alim al-'Allaamah al-'Arif billah asy-Syaikh Ahmad ash-Showi al-Maliki, pengarang "Hasyiah ash-Showi 'alal Jalaalain" yang wafat tahun 1241H / 1825 adalah antara ulama besar yang menolak ajaran dan pegangan puak Wahhabi yang ekstrem. Puak Wahhabi terkenal dengan sikap "mau menang sendiri", sehingga sanggup mengkafirkan atau mensyirikkan atau mensesatkan orang-orang yang berbeda pendapat dengan mereka, persis sifat dan kelakuan golongan Khawarij. Mereka sanggup melancarkan peperangan ke atas saudara seagama sehingga menumpahkan darah sesama umat seperti yang berlaku di Hejaz sewaktu mereka menyerang Tanah Suci atas nama ishlah dan pemurnian tawhid. Namun puak Wahhabi akan bertamengkan "ini isu khilafiyyah" untuk menyelamatkan diri mereka apabila kematian hujjah, sedangkan merekalah yang mula menimbulkan serta menggunakan isu-isu khilafiyyah tersebut untuk menghentam orang lain. Lihat sahajalah gelagat puak-puak ini di Inderapura oppss silap Indera Kayangan esp. zaman mantan MBnya dulu (harap-harap MB baru ni tak begitu). Kalau dah tau khilaf, hang pa dok hingaq, dok bising, dok heboh, buat apa. Bising-bising kan dah melepas jadi MB. Maka beringatlah wahai Sunniyyun, jangan terperangkap dengan permainan dan strategi puak Wahhabi ni.


Berbalik kepada Imam ash-Showi, beliau ini telah menulis dalam karyanya tersebut bahawa puak Wahhabi adalah hizbusy syaithan. Syadid sungguh pandangan Imam ash-Showi ini, namun mungkin ada kebenarannya, jika kita lihat tindakan dan perlakuan mereka terhadap sesama umat. Kalu dok pikiaq, inilah juga sebabnya umat Islam mundur dan hina di dunia sekarang, sebab pusatnya telah ditawan oleh puak Wahhabi. Wahhabi dok habaq kat kita yang depa mai nak ishlahkan masyarakat, nak memurnikan agama, ishlah mende !!!!, murni mende ni !!!!!!. Dulu Khilafah Utsmaniah, ada empayar besar, barat pun gerun. Ni bila ishlah versi Nejd mari, mana semua tu pergi? Mana kebangkitan umat? Kalau betullah yang meke-meke ini dah berjaya membetulkan dan mengishlahkan umat Islam, maka sepatutnyalah meke dah boleh buat empayar yang lebih besar, lebih baik, lebih adil daripada khilafah yang deme ada saham menjatuhkannya. Ini tidak, negeri deme pun orang kapiaq yang dok jaga dan dapat hasilnya. Tapi apa yang meke buat????? Kafirkan orang Islam, sesatkan orang Islam, bunuh orang Islam, runtuhkan kubur, hapuskan peninggalan sejarah Islam dan dan dan sebagainya. Kome lihat sajelah fatwa ulama deme - tabligh sesat, ikhwan sesat, hamas sesat, qardhawi sesat, itu sesat, ini sesat, abih yang betul tu siapa???? Deme sorang saje keeee???

Mari kita telaah kitab Imam ash-Showi tersebut, tapi hang pa kenalah pi cari kitabnya yang terdahulu cetaknya, seperti cetakan Dar Ihya' al-Kutub al-'Arabiyyah / Isa al-Halabi di Kaherah sekitar tahun 1930an atau Maktabah al-Masyhad al-Husaini di Kaherah sekitar tahun 1939 atau cetakan Dar Ihya at-Turats al-'Arabi sekitar tahun 1970 di Beirut. Apa yang sodihnya, kebanyakan yang ada di pasaran sekarang adalah cetakan baru oleh Dar al-Fikr Beirut yang telah mengalami perubahan di mana rujukan kepada Wahhabi telah dipadamkan, berkat pertodolar puak tersebut. Ini ambo nukil cetakan Dar Ihya' al-Kutub al-'Arabiyyah juzuk 3, halaman 255, di mana rahimahUllah menyatakan, antara lain:-


... Dikatakan juga bahawa ayat ini diturunkan berkenaan puak Khawarij yang memesong/mengubah tafsiran/takwilan al-Quran dan as-Sunnah, untuk menghalalkan darah orang-orang Islam dan harta benda mereka (yakni antara pemesongannya adalah seperti ayat-ayat yang ditujukan kepada orang kafir dan musyrik, mereka alih kepada orang Islam dengan tujuan untuk mengkafirkan dan memusyrikkan sesama umat), sebagaimana yang dapat disaksikan sekarang kelompok yang mempunyai pendapat-pendapat seperti mereka, iaitu satu firqah di Hejaz yang dipanggil sebagai al-Wahhabiyyah di mana mereka mengira bahawa mereka adalah atas kebenaran. Ketahuilah bahawasanya mereka adalah pendusta yang dikuasai oleh syaithan sehingga mereka lupa untuk mengingati Allah. Merekalah hizbusy syaithan, ketahuilah bahawa hizbusy syaithan adalah golongan yang rugi. Kita memohon kepada Allah al-Karim agar memutuskan tipu daya mereka.

Allahu ... Allah, ni kalu Wahhabi nak marah, marahlah kat Imam ash-Showi. Hang pa cariklah kubuqnya kat mana, pas tu hang pa ranapkanlah sama cam kekawan hang pa buat kat Jannatul Baqi' dan Ma'ala.

10 Jenis Solat yang Tidak Diterima

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat,maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa :
"10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.
" Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak
dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.
" Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Mengapa Ibn Taimiyyah Ditolak

Ibn Taimiyyah
Ulama’ yang menolak Ibn Taimiyah.

Ada orang bertanya pada ambo, pasai apa terdapat golongan yang menolak Ibn Taimiyyah (wafat 728H) sedangkan kebanyakkan ulama kontemporari menerimanya bahkan mengagung-agungkannya?

Maka ambo katakan padanya bahwa, yang sangat mengagungkan Ibn Taimiyyah ni kebanyakan dari ulama Wahhabi saja. Ramai dikalangan ulama ahl al-Sunnah wa al-Jamaah menolaknya samada dikalangan ulama terdahulu mahupun masakini. Bahkan, Ibn Taimiyyah juga ditolak oleh kebanyakkan ulama yang sezaman dengannya kerana masalah berkaitan dengan aqidahnya dan juga didalam masalah fiqih dimana banyak pendapat-pendapat Ibn Taimiyyah yang menyalahi ijma ulama. Itu secara ringkasnya lah. Dan ada juga yang bersangka baik dengannya. Macam-macamlah.

Maka untuk mengetahui siapakah ulama yang menolak Ibn Taimiyyah, ambo bawa mari senarai yang tertulis didalam buku bertajuk Wahabisme Dari Neraca Syara oleh Syaikh Muhammad Fuad Kamaludin al-Maliki. Antaranya adalah seperti berikut:

Al-Qadhi al-Mufassir Badruddin Muhammad ibn Ibrahim ibn Jama’ah al-Syafie (wafat 733H)
Al-Qadhi Muhammad ibn al-Hariri al-Anshori al-Hanafi
Al-Qadhi Muhammad ibn Abu Bakar al-Maliki
Al-Qadhi Ahmad ibn Umar al-Maqdisi (Ibn Taimiyyah telah dipenjarakan dengan fatwa yang ditandatangani oleh mereka berempat diatas. Pembaca boleh merujuk kepada kitab Uyun al-Tawarikh karangan Imam al-Kutbi. Al-Hafidz al-Faqih al-Subki menyebut di dalam kitabnya Fatawa al-Subki:وحبس بإجماع العلماء وولاة الأمور Artinya: Ibn Taimiyyah dipenjara dengan ijma’ ulama’ dan pemerintah
Syaikh Sholeh ibn Abdullah al-Batoihi (wafat 707H)
Syaikh Kamaluddin Muhammad ibn Abi al-Hasan ‘Ali al-Siraj al-Rifa’ie al-Quraisyi al-Syafie
Qadhi Besar Mesir, Ahmad ibn Ibrahim al-Hanafi (wafat 710H)
Qadhi Besar Mazhab Maliki di Mesir, Ali ibn Makhluf (wafat 718H). Beliau berkata: Ibn Taimiyyah menyatakan bahawa Tuhan berjisim. Bagi kami, sesiapa yang beri’tiqad dengan I’tiqad ini adalah kufur dan wajib di bunuh.
Syaikh al-Faqih ‘Ali ibn Ya’qub al-Bakari (wafat 724H). Ketika Ibn Taimiyyah masuk ke Mesir, beliau adalah orang yang paling lantang menolak fahman yang dibawa oleh Ibn Taimiyyah.
Al-Faqih Syamsuddin ibn ‘Adlan al-Syafie (wafat 749H). Beliau berkata Ibn Taimiyyah berkata: Allah Ta’ala diatas ‘Arasy secara haqiqi dan Allah Ta’ala berkata dengan huruf dan suara.
Al-Hafidz al-Mujtahid Taqiyuddin al-Subki (wafat 756H).
Al-Muhaddits al-Mufassir al-Usuli al-Faqih Muhammad ibn Umar ibn al-Makki al-Syafie (wafat 716H). Beliau pernah berdebat dengan Ibn Taimiyyah.
Al-Hafidz Abu Sa’id Sholahuddin al-‘Ala’i (wafat 761H)
Qadhi Besar Madinah al-Munawwarah Abu ‘Abdillah ibn Musallam ibn Malik al-Solihi al-Hanbali (wafat 726H)
Syaikh Ahmad ibn Yahya al-Kalabi al-Halabi (wafat 733H)
Al-Qadhi Kamluddin al-Zamalkani (wafat 727H)
Al-Qadhi Shofiyuddin al-Hindi (wafat 715H). Beliau pernah berdebat dengan Ibn Taimiyyah.
Al-Faqih al-Muhaddits ‘Ali ibn Muhammad al-Baji al-Syafie (wafat 714H)
Al-Muarrikh al-Faqih al-Mutakallim al-Fakhr ibn al-Mu’allim al-Quraisyi (wafat 725H)
Al-Faqih Muhammad ibn ‘Ali ibn ‘Ali al-Mazani al-Dimasyqi (wafat 721H)
Al-Faqih Abu al-Qasim Ahmad ibn Muhammad ibn Muhammad al-Syairazi (wafat 733H)
Al-Faqih al-Muhaddits Jalaluddin Muhammad al-Qazwini al-Syafie (wafat 739H)
Al-Mufassir Abu Hayyan al-Andalusi (wafat 745H). [ Tambahan dari ambo:- Abu Hayyan al-Andalusi al-Nahwiyyu al-Mufassiru al-Muqri-u menegaskan dalam kitab tafsirnya al-Nahr al-Mad satu ungkapan yang berbunyi : “Saya telah membaca dalam kitab Ahmad Bin Taimiyyah, beliau ini merupakan seorang yang hidup sezaman dengan kami dan ia adalah dengan tulisan tangannya sendiri yang dinamakan sebagai Kitab Al-Arasy, bahawa Allah duduk di atas al-Kursi dan Dia mengosongkan satu tempat untuk didudukkan disitu Nabi Sollallahu A'laihi Wassallam bersamanya dan telah bertahayyyul Taj Bin Muhammad Bin Ali Abdul Haqqi al-Barnabary. Dia adalah adalah penyeru yang paling menonjol baginya (Ibn taymiyah) sehinggalah diambil daripadanya dan kami bacakan apa yang sedemikian itu termaktub di dalamnya.” – dipetik dari blog abu lehyah)
Al-Hafidz al-Zahabi (wafat 748H)
Syaikh Afifuddin Abdullah ibn ‘As’ad al-Yafi’i al-Yamni al-Makki (wafat 768H)
Al-Faqih Ibn Batutah (wafat 779H)
Al-Faqih Tajuddin al-Subki (wafat 771H)
Al-Muarrikh Ibnu Syakir al-Kutbi (wafat 764H)
Syaikh Umar Abi al-Yamn al-Lakhmi al-Fiqihi al-Malihi (wafat 734H)
Qadhi Muhammad al-Sa’di al-Misri al-Akhna’i (wafat 750H)
Syaikh Isa al-Zawawi (wafat 743H)
Syaikh Ahmad ibn Utsman al-Hanafi (wafat 744H)
Al-Hafidz ‘Abdurrahman ibn Ahmad, masyhur dengan gelaran Ibnu Rajab al-Hanbali (wafat 795H)
Al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani (wafat 852H)
Al-Muhaddits al-Hafidz al-Faqih Waliyuddin al-Iraqi (wafat 726H). Beliau menyebut didalam kitabnya al-Ajwibah al-Mardhiyah ‘ala al-As’ilah al-Makkiyah: “Beliau (Ibn Taimiyyah) telah mencarik persepakatan ijma di dalam banyak masalah (agama) sehingga dikatakan sampai kepada 60 permasalahan. Sebahagiannya di dalam perkara ushul dan selebihnya lagi di dalam perkara furu’.”
Al-Faqih al-Muarrikh Ibnu Qadhi Syuhbah al-Syafie (wafat 851H)
Al-Faqih Abu Bakar al-Hisni (wafat 829H)
Syaikh Abu ‘Abdillah ibn ‘Arafah al-Tunisi al-Maliki (wafat 803H)
Al-‘Allamah ‘Alauddin al-Bukhari al-Hanafi (wafat 841H). Beliau mengeluarkan fatwa tentang pengkafiran Ibn Taimiyyah dan juga bagi mereka yang menggelarkan Ibn Taimiyyah sebagai Syaikhul Islam setelah mengetahui perkataan-perkataan kafir yang diucapkan oleh Ibn Taimiyyah.
Syaikh Humaiduddin al-Farghani al-Hanafi (wafat 867H)
Syaikh Zarruq al-Fasi al-Maliki (wafat 899H)
Al-Hafidz al-Sakhawi (wafat 902H)
Ahmad ibn Muhammad atau masyhur dengan panggilan Ibnu salam al-Misri (Wafat 931H)
Syaikh Ahmad ibn Muhammad al-Watari (wafat 980H)
Syaikh Ahmad ibn Muhammad al-Khuwarizmi (wafat 987H)
Qadhi al-Biyadhi al-Hanafi (wafat 1098H)
Syaikh Ibn Hajar al-Haithami (wafat 974H). Beliau menyebut di dalam kitabnya Fatawa al-Haditsiah: “… Dan berhati-hatilah terhadap kitab-kitab Ibnu Taimiyyah dan anak muridnya Ibn Qayyim al-Jauziyyah dan selain daripada mereka berdua yang menjadikan hawa nafsu mereka sebagai Tuhan mereka dan Allah menyesatkan mereka di atas ilmu dan menutup pendengaran dan hati-hati mereka dan menghalang penglihatan mereka ….”. Didalam kitab Hasyiah Idhoh beliau berkata: “… jangan tertipu dengan keingkaran Ibn Taimiyyah terhadap sunat menziarahi Rasulullah صلى الله عليه وسلم, kerana dia merupakan hamba yang telah disesatkan oleh Allah Ta’ala sebagaimana yang dikatakan oleh al-‘Izz ibn Jama’ah….”
Syaikh Jalauddin al-Duwani (wafat 928H)
Syaikh Abdul Nafi’ ibn Muhammad ibn ‘Ali ibn ‘Iraq al-Dimasyqi (wafat 962H)
Qadhi Abu Abdillah al-Muqri
Mulla ‘Ali al-Qari (wafat 1014H)
Syaikh Abdul Rauf al-Munawi al-Syafie (wafat 1031H)
Al-Muhaddits Muhammad ibn ‘Allan al-Siddiqi al-Makki (wafat 1057H)
Syaikh Ahmad al-Khufaji al-Misri al-Hanafi (wafat 1096H)
Al-Muarrikh Ahmad Abu al-Abbas al-Muqri (wafat 1041H)
Syaikh Muhammad al-Zarqani al-Maliki (wafat 1122H)
Syaikh Abdul Ghani al-Nabulisi (wafat 1143H)
Syaikh Muhammad al-Mahdi ibn ‘Ali al-Siyadi (wafat 1287H)
Sayyid Muhammad Abul Huda al-Siyadi (wafat 1328H)
Mufti Musthafa ibn Ahmad al-Syatti al-Hanbali al-Dimasyqi (1348H)
Syaikh Muhammad Khattab al-Subki (wafat 1352H)
Mufti Madinah al-Munawwarah, Syaikh al-Muhaddits Muhammad al-Khidir al-Syanqithi (wafat 1353H)
Syaikh Salamah al-‘Azzami al-Syafie (wafat 1376H)
Mufti Mesir, Syaikh Muhammad Bakhit al-Muti’i (wafat 1354H)
Syaikh Muhammad Zahid al-Kauthari (wafat 1371H)
Syaikh Ibrahim ibn Utsman al-Samhudi al-Misri
Syaikh Muhammad Yusuf al-Banuri al-Bakistani
Syaikh Muhammad al-A’rabi al-Tabbani (wafat 1390H)
Syaikh Mansur Muhammad Uwais
Al-Hafidz ibn al-Siddiq al-Ghumari (wafat 1380H)
Al-Muhaddits Abdullah al-Ghumari (wafat 1413H)
Al-Musnid al-Habib Abu al-Asybal Salim ibn Ahmad ibn Jindan (wafat 1389H)
Syaikh Muhammad ibn Isa Badran al-Misri
Syaikh Musthafa Abu Saif al-Hamami. Beliau telah mengkafirkan Ibn Taimiyyah di dalam kitabnya Ghauth al-‘Ibad bi Bayani al-Rasyad. Kitab tersebut telah diiktiraf oleh beberap orang ulama’ besar yang menulis pujian terhadapnya. Diantaranya Syaikh Muhammad Sa’id al-‘Urfi, Syaikh Yusuf al-Dijwi – anggota Majlis Ulama Besar al-Azhar, Syaikh Mahmud Abu Daqiqah, Syaikh Muhammad al-Buhairi, Syaikh Muhammad Abdul Fattah ‘Itani, al-Muhaddits Syaikh Habibullah al-Syanqiti, Syaikh Dusuqi Abdullah al-‘Arabi dan Syaikh Muhammad Hifni Bilal
Al-Muhaddits Syaikh Abdullah al-Harari.

Begitulah senarai ulama yang menolak Ibn Taimiyyah .... dan ramai lagi ulama yang menolak ibn Taimiyyah