Selasa, 1 November 2011

Persoalan Tasawuf dan Tarekah : Jawapan Mufti Mesir

Mufti Kerajaan Mesir iaitu Prof. Dr. Sheikh Ali Jumaah dalam kitabnya Al-Bayan Lima Yashqholu Al-Azhan, cet. Al-Muqattam, Kaherah, hlm. 328-331. .


Tasauf adalah manhaj tarbiyah ruhiyah dan sulukiyah yang mengangkat manusia kepada martabat ihsan yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad SAW yang bermaksud : “Hendaklah kamu menyembah Allah seolah-olahnya kamu melihatnya, maka jika kamu tidak melihatnya maka sesungguhnya dia (Allah SWT) melihatmu“.

Maka tasauf itu merupakan program pendidikan (tarbiyah) yang menitik beratkan penyucian jiwa daripada pelbagai penyakit yang mendindingi manusia daripada Allah SWT. Ia juga membetulkan penyelewengan jiwa dan sulukiyah manusia dalam hubungan bersama Allah SWT, bersama yang lain dan juga dengan diri sendiri.

Tarekat sufiah pula ialah sebuah madrasah yang menyempurnakan melaluinya penyucian jiwa dan pembentukan peribadi. Syeikh pula sebagai pembimbing atau guru yang bersama-sama dengan muridnya.

Jiwa manusia secara tabiatnya terangkum di dalamnya pelbagai himpunan penyakit seperti takabbur, ujub, angkuh, keakuan, bakhil, marah, riya’, sukakan maksiat, berkelakuan tak senonoh, gemar membalas dendam, kebencian, dengki, khianat, tamak dan rakus.

Sheikh Ali Jumaah Mufti Besar Mesirr
Firman Allah SWT yang mendedahkan kisah isteri Al-Aziz:

Yang bermaksud : “Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. [Surah Yusuf: 53]

Kerana itulah, golongan terdahulu menginsafi hal ini dan menyedari betapa perlunya pentarbiyahan jiwa dan membersihkannya dari segala penyakit-penyakitnya agar (penyucian tersebut) bersekali dengan masyarakat serta mencapai kejayaan dalam perjalanan menuju tuhan mereka.

Tarekat sufiah hendaklah melengkapi dengan beberapa perkara.

Pertamanya ialah pegangan kukuh dengan kitab Al-Quran dan Sunnah Nabawiah. Ini kerana tarekat sufiah itu ialah manhaj kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Setiap perkara yang bercanggah dengan Al-Quran dan As-Sunnah maka ia bukan daripada tarekat. Bahkan tarekat itu sendiri menolaknya dan melarang daripadanya.

Kedua ialah tidak meletakkan tarekat itu sebagai pengajaran yang terpisah daripada pengajaran syariah, bahkan ia merupakan intisari kepada syariah.

Bagi tasauf terdapat tiga elemen utama yang digesa oleh Al-Quran akan ketiga-tiganya iaitu :

1-Menitikberatkan jiwa, sentiasa mengawasi jiwa (muraqabah) dan menyucikannya daripada sebarang kekotoran.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya, sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya”. [Asy-Syams : 7-10]

2-Memperbanyakkan zikrullah.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Hai orang-orang yang beriman, berzdikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya”. [Al-Ahzab: 41]

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sentiasakanlah lidahmu dalam keadaan basah mengingati Allah SWT“.

3-Zuhud di dunia, tidak terikat dengan dunia dan gemarkan akhirat.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?”. (Al-Anaam : 32)

Adapun syeikh yang memperdengarkan kepada murid-muridnya akan zikir-zikir dan yang membantu usaha menyucikan jiwa dari sebarang kekotoran serta menyembuhkan hati mereka daripada penyakit-penyakit maka dia adalah penyelia (qayyim) atau seorang guru (ustaz) yang menunjukkan cara yang tertentu yang paling sesuai dengan penyakit yang ada atau keadaan murid itu sendiri.

Petunjuk Nabi SAW juga menasihatkan setiap manusia dengan perkara yang mendekatkan diri kepada Allah SWT berdasarkan kepada keadaan setiap jiwa yang berbeza. Pernah seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW, lalu dia berkata : Wahai Rasulullah ! Beritahu kepadaku tentang sesuatu yang menjauhkan diriku daripada kemurkaan Allah SWT. Maka sabda Rasulullah SAW : Jangan kamu marah !. Dalam kes yang lain, Rasulullah SAW didatangi seorang lelaki yang berkata kepada Rasulullah SAW : Beritahu kepadaku tentang sesuatu yang aku boleh berpegang dengannya ! Jawab Rasulullah SAW : Sentiasakanlah lidahmu dalam keadaan basah mengingati Allah SWT.

Di kalangan para sahabat terdapat golongan yang membanyakkan qiamullail, antara mereka juga yang memperbanyakkan bacaan Al-Quran, ada yang banyak terlibat dengan jihad, ada yang banyak berzikir dan ada yang membanyakkan bersedekah.

Perkara ini tidak membawa erti meninggalkan terus keduniaan. Tetapi di sana terdapat suatu ibadat tertentu yang memperbanyakkannya oleh orang yang melalui jalan menuju Allah SWT. Secara asasnya berbilang-bilangnya pintu-pintu syurga. Tetapi pada akhirnya walaupun ada kepelbagaian pintu masuk tetapi syurga tetap satu.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud : “Setiap golongan yang melakukan amalan (baik dan soleh-ketaatan) ada satu pintu daripada pintu-pintu syurga yang memanggilnya oleh amalan, dan bagi puasa itu ada satu pintu yang memanggil golongan yang berpuasa, digelarkannya ar-rayyan”.

Demikian juga tarekat-tarekat, ia mempunyai berbilang-bilang jenis berdasarkan syeikh masing-masing dan murid masing-masing. Antara mereka ada yang mengutamakan puasa, ada yang mengutamakan al-Quran lebih banyak dan tidak mengabaikan puasa dan demikianlah seterusnya.

Apa yang dijelaskan di atas adalah tasauf yang sebenarnya, tarekat yang sahih dan syeikh-syeikh yang komitmen dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Kita juga telah mengetahui kenapakah berbilang-bilangnya jenis tarekat, iaitu kerana kepelbagaian cara pentarbiyahan dan rawatan serta perbezaan cara untuk mencapai maksud yang dicita-citakan. Akan tetapi keseluruhannya satu sahaja pada maksud dan tujuan iaitulah keredhaan Allah SWT sebagai tujuan utama.

Kami juga ingin mengingatkan bahawa apa yang dinyatakan di atas tidak dilaksanakan oleh sebilangan besar golongan yang mendakwa sebagai ahli tasauf iaitu golongan yang merosakkan bentuknya. Mereka di kalangan orang yang tidak mempunyai agama dan kebaikan. Mereka yang melakukan tarian pada hari-hari perayaan dan melakukan amalan keghairahan yang khurafat. Ini semua bukan daripada tasauf dan bukan dari jenis tarekat sufiah. Sesungguhnya tasauf yang kami nyatakan tentangnya tiada hubungan langsung dengan pandangan kebanyakan manusia berhubung fenomena negatif yang memburukkan. Tidak harus juga bagi kita untuk mengenali tasauf dan menghukumkan ke atasnya dari kalangan sebahagian pendakwa-pendakwa tasauf yang jahil (yang mendakwa tarekat sebagai ajaran yang salah). Sepatutnya kita bertanyakan ulama’ yang memilih tasauf sehingga kita memahami punca sanjungan mereka terhadap tasauf

Untuk akhirnya, kami mengambil kesempatan ini untuk membantah pendapat golongan yang menyatakan : “Kenapakah tidak dipelajari adab-adab sulukiyah dan penyucian jiwa dari Al-Quran dan As-Sunnah secara langsung?”.

Pendapat ini pada zahirnya terkandung rahmat. Tetapi pada hakikatnya terkandung azab. Ini kerana kita tidak mempelajari rukun sembahyang, sunat-sunat sembahyang dan perkara-perkara makruh dalam sembahyang dengan semata-mata melalui bacaan Al-Quran dan As-Sunnah. Tetapi kita mempelajarinya melalui suatu ilmu yang dikenali sebagai ilmu feqah.

Fuqaha’ telah menyusunnya dan mengistinbatkan semua hukum-hakam tersebut daripada Al-Quran dan As-Sunnah. Bagaimana pula lahirnya kepada kita mereka yang mendakwa bahawa kami mempelajari fiqh dan hukum agama daripada kitab dan sunnah secara langsung? Kami tidak pernah mendapati seorang ilmuan/ulama’ yang mempelajari fiqh daripada kitab dan sunnah secara terus.

Demikian juga, di sana terdapat perkara yang tidak disebut oleh Al-Quran dan As-Sunnah. Tetapi tidak dapat tidak daripada mempelajarinya dengan guru secara musyafahah (secara berdepan atau mengadap guru).

Tidak boleh sekadar melalui kitab, sebagai contohnya ilmu tajwid. Bahkan mestilah beriltizam dengan mustalah-mustalah yang khusus dengannya. Maka ulama’ menyatakan sebagai suatu contoh : “Mad Lazim enam harakat” ! Siapakah yang menjadikannya sebagai mad lazim? Apa dalilnya dan siapakah yang mewajibkannya ke atas ummat Islam? Tentunya mereka adalah ulama’ dalam bidang tersebut.

Begitu juga dengan ilmu tasauf. Ilmu yang diasaskan oleh ulama’-ulama’ tasauf sebermula zaman Junaid rahimahullah dari kurun yang keempat sehingga hari ini. Ketika rosaknya zaman tersebut dan rosaknya akhlak, rosaklah juga sebahagian tarekat-tarekat kesufian. Mereka mula bergantung dengan fenomena-fenomena yang bercanggah dengan agama Allah SWT. Lantas manusia menganggap ianya merupakan tasauf. Sedangkan Allah SWT akan mempertahankan tasauf, ahlinya dan melindungi mereka dengan kekuasaannya.

Firman Allah SWT:

Yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang telah beriman. Sesungguhnya Allah tidak menyukai tiap-tiap orang yang berkhianat lagi mengingkari nikmat”. [Al-Hajj: 38]

Mudah-mudahan apa yang dinyatakan itu dapat memberikan pendedahan kepada erti tasauf, tarekat, syeikh, sebab berbilang-bilangnya tarekat, kenapa kita mempelajari suluk, penyucian hati dari ilmu yang dikenali sebagai tasauf ini, kenapa kita ambil dari syeikh dan tidak terus kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

Kita memohon kepada Allah untuk memperlihatkan secara jelas terhadap urusan-urusan agama kita.

Demikianlah terjemahan bebas daripada teks asal jawapan Sahibul Samahah Prof. Dr. Ali Jumuah, Mufti Kerajaan Negara Mesir yang dinaqalkan daripada Al-Bayan Lima Yashqholu Al-Azhan, cet. Al-Muqattam, Kaherah, hlm. 328-331.

Jalaluddin Rumi Pernyataan Cinta

Bila tak kunyatakan keindahan-Mu dalam
kata
Kusimpan kasih-Mu dalam dada
Bila kucium harum mawar tanpa cinta-Mu
Segera saja bagai duri bakarlah aku.

Meskipun aku tenang, diam bagai ikan
Tapi aku gelisah pula bagai ombak dalam
lautan
Kau yang telah menutup rapat dalam bibirku
Tariklah misaiku dalam dekat-Mu.



Apakah maksud-Mu?
Mana aku tahu?
Aku hanya tahu bahwa aku siap dalam
iringan ini selalu.
Kukunyah lagi menahan kepedihan

Mengenangmu bagai unta memamah biak
makanan
Dan bagai unta yang geram mulutku
berbusa.



Meskipun aku tinggal bersembunyi dan tidak
bicara
Di hadirat kasih aku jelas dan nyata.

Aku bagai benih di bawah tanah
Aku menanti tiada musim semi.

Hingga tanpa napasku sendiri
Aku dapat bernapas wangi

Dan tanpa kepalaku sendiri
Aku dapat membelai kepala lagi.
[membujuk yang tercinta)

Sabtu, 12 Februari 2011

Bolehkah laku zikrullah secara menari-nari? Jawapan Dato’ Dr Harun Din

Sumber dalam Harakah 19-22 SYAABAN 1430/10-13 OGOS 2009 (Kolumnis / Sisipan FIKRAH)

SOALAN : Bolehkah laku zikrullah secara menari-nari?

SELESAI satu ceramah di masjid kami, dalam isu zikrullah ada seorang bertanya penceramah, bolehkah majlis zikrullah dilakukan dalam keadaan berdiri dan menari-nari macam bekhayal-khayalan seperti yang pernah dilakukan oleh sesetengah golongan tarikat sufi. Penceramah tersebut secara spontan menjawab: “ Rasa saya itu adalah haram, mana boleh zikrullah yang begitu murni dicampurkan dengan tarian, tarian itu haram.” Kami menjadi keliru, minta pandangan Dato’, terima kasih.

JEMAAH RAGU,
Sepang

Tarian yang diasaskan oleh Saidina Abu Bakar assidiq kemudian di populerkan oleh Sheikh Jalaludin Arrumi


JAWAPAN :

SETIAP soalan memang ada jawapan. Jawapan itu bergantung kepadaa pengetahuan yang ada pada penjawabnya.

Kadang-kadang ada yang mengikut ‘rasa’, seperti soalan anda di atas, penjawab itu berkata rasanya tidak boleh. Mungkin juga ada orang lain yang akan menjawab rasanya boleh.

Jawapan bagi persoalan agama bukan boleh dimain dengan ‘rasa’. Ia memerlukan sandaran hukum yang perlu dirujuk kepada sumber yang sahih.

Berkenaan dengan zikrullah, Allah SWT berfirman (mafhumnya): “Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): ‘Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.’” (Surah ‘Ali-’Imran ayat 191).

Ayat ini memberi isyarat bahawa zikrullah boleh dilakukan dalam pelbagai keadaan dan gaya.

Ummul Mukminin Aisyah r.ha. pernah melaporkan bahawa Rasulullah SAW berzikrullah (berzikir kepada Allah) dalam semua keadaan. Sedang berjalan, menaiki kenderaan, di atas kenderaan, berbaring, duduk dan bermacam lagi pernah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.

Dalam satu riwayat pernah diceritakan bahawa Jaafar bin Abi Talib r.a (sepupu Rasulullah), pernah menari-nari melenggok lentuk di hadapan Rasullullah SAW sebaik sahaja beliau mendengar Rasulullah SAW menyebut kepada beliau, “Allah menjadikan rupa parasmu seiras dengan Allah menciptakan daku.”

Mendengar kata-kata yang seindah dan semurni itu, terus dita’birkan dengan menari-nari di hadapan Rasullullah SAW. Tingkah laku beliau itu atau ‘body language’ beliau tidak ditegah atau ditegur oleh Rasulullah SAW.


Di sinilah dikatakan atau dijadikan asal usul sandaran bahawa menari-nari sambil berzikir kepada Allah yang dilakukan oleh ahli tarikat atau golongan sufiyah, ada sandarannya.

Sahlah berlaku tarian di majlis zikir yang dihadiri oleh ulama besar yang muktabar. Antara mereka ialah al-Imam Izzuddin Abdus Salam dan tidak diengkarinya.

Ditanya Shaikhul Islam Sirajuddin al-Balqini tentang persoalan tari-menari dalam majlis zikir, lalu dijawab beliau dengan mengiyakannya, yakni boleh dilakukan.

Ditanya al-A’llamah Burhanuddin al-Abnasi, perkara yang sama, maka beliau menjawab dengan membolehkannya.

Ditanya ulama besar dalam mazhab Hanafi dan Maliki, semuanya menjawab, “Tidak mengapa dan boleh dilakukan.”

Semua jawapan ini dibuat dengan bersandarkan kepada ayat dalam Surah ‘Ali-’Imran di atas berserta hadis yang diriwayatkan oleh Jaafar bin Abi Talib r.a.

Adapun tarian yang dilarang adalah tarian yang bercampur lelaki perempuan yang bukan mahram, lebih-lebih lagi ia diadakan dalam majlis yang kemaksiatannya ketara seperti berpakaian tidak menutup aurat, diiringi dengan muzik dan suasana yang mengundang kepada syahwat dan lain-lain.

Itulah yang disebut haram. Haram bukan soal tarian, tetapi dilihat dari aspek persembahan, suasana dan dilihat dengan jelas kemaksiatan.

Adapun tarian dalam zikrullah, adalah tarian khusus yang lahir daripada rasa kesyahduan kepada Allah, dengan kelazatan munajat dan bertaladdud (berseronok kerana zikrullah).

Perasaan seronok dan lazat itu yang diketahui oleh orang yang mengetahuinya, merupakan anugerah Allah kepada mereka.

Mereka hendak menunjukkan bahasa badan (body language) mereka dengan menari-nari tanda keseronokan, tetapi dibuat kerana Allah SWT.

Inilah yang disebut di dalam Al-Quran (mafhumnya): “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah ar-Ra’d, ayat 28).

Ketenangan adalah suatu kenikmatan. Hendak menghargai kenikmatan itu adalah sesuatu yang boleh dita’birkan dengan isyarat, dengan kata-kata, dengan bahasa badan yang dijelmakan dalam bentuk tarian untuk menyatakan kesyukuran dan kenikmatan yang mereka perolehi hasil anugerah Allah.

Atas itulah pada pendapat saya bahawa tarian dalam majlis-majlis sufi itu adalah harus.

Untuk menyatakan haram atau tidak boleh memang mudah, tetapi harus disandarkan kepada dalil. Jika tidak ada dalil atau hujah, berbaliklah kepada hukum fekah bahawa, “Asal semua perkara adalah harus sehingga ada dalil yang membuktikannya haram.”

Oleh itu berzikrullah yang difahami dari ayat al-Quran di atas, hadis Rasulullah SAW dan pandangan ulama muktabar, maka saya menyatakan ia harus dan bukanlah haram.

Wallahu ‘alam.

Khamis, 16 September 2010

Pengenalan Buat Duat Sekalian

   

   Prkongsian utk para duat:pndkwh ulung zaman ini,alhabib ali jufri bljr dgn 'alamah hbb umar hanya ktb kecil shj,risalah jamiah dan safinatun naja tp brupaya duduk semeja dgn ulamak2 bsr dunia,antaranya syeikh ali jumaah dan syeikh ramadhan albutiy..dkwhnya ke merata pelusuk dunia,trmsk USA,britain,jerman dll..

   Satu ketika alhabib ali jufri brsama ashabnya brjalan ke pasar di kota tareem yg mana ma'ruf di kota2 di yaman,ramai pnduduk yg ahlinya fakir miskin..ketika alhabib dan ashabnya melewati seorang lelaki yg meminta sedekah,ashabnya yg lain br...lalu shj,tp alhabib merenung si fakir itu dgn senyuman yg manis penuh dgn ksh syg lalu mmberi kpd si fakir itu bbrapa keping wang..si fakir memegang tgn alhabib lalu brkata,"aq adlh khidir,mintalah apa shj yg engkau mahu,aq akn menadah tgn brdoa kpd tuhanku"..lalu alhabib mnjwb,"tiada apa yg aq mahu kcuali redha syeikhku,alhabib umar kpdku"..

  Alhabib ali jufri mrupakn pndkwh yg kaya raya,tp kesemuanya hartanya diinfak fi sabilillah,shgga2 glgn yg tdk sepndpt dgn alhabib mngakui sifat dermawan yg tiada tolak bndingan,ke mana2 beliau prgi akn ada hartanya diinfakkan..satu ketika k...etika beliau masuk brdakwah di sebuah pusat hiburan di mesir,dikatakn alhabib kpd semua pengunjungnya trmasuk para artis,"ambillah apa yg engkau suka dan mahu,malam ini aq akn belanja engkau semua ttp aq mahu engkau semua meluangkn masa beberapa saat utk mndgr bicaraku"..gembiralah para pengunjumg,mngmbl dan memakn apa shj yg mrk mahu..kmdian alhabib jufri brbicara di atas pentas artis,ucapannya walaupun beberapa ketika mnyebabkn para artis dan pengunjung menangis..ramai artis yg brtaubat di tgnnya hgga kerajaan mesir pd ketika itu bimbang jika keadaan itu brterusan,industri hiburan akn merosot lalu melarang alhabib dari memasuki mesir(skg x tau alhbb bleh msk lg atau x)..

 

  cerita ini sudah ma'ruf bg penuntut ilmu hadramaut..prkongsian utk kita semua..=)..tp alhabib ali jufri sblm ini sudah mndpt tarbiah khuluqiah&aqliyah drpd qutb zaman alhbb abd qadir assaqaf di jeddah sblm alhbb abd qadir mgarahkn alhb...b jufri brjumpa alhbb umar utk mndpt tarbiah..hgga kini jika alhbb jufri ada kmsykln beliau akn merujuk kpd alhbb umar melalui pggln telefon..sifat kelembutan dan ksh sayang alhbb diakui oleh murid alhbb jufri hgga ada sstgh lepasan dar mustofa yg prnh menimba ilmu dgn alhbb jufri,alhbb senantiasa brtanya khbr melalui telefon..seorg lpsn dar mustofa bgtau alhbb jufri telefonnya 3 kali sthn.  

Rabu, 15 September 2010

Mati Hidup Semula(mesti baca)

hasbi rabbi jallAllah ma fi qolbi ghoirullAllah.... Lailaha illAllah Nur Muhammad SollAllah.....

Allahu
Allahu
Allahu
Haq!

Lafaz suci yang terbit dari auliya Allah,,,,,, tiada dapat dihentikan dan dihalangi oleh sesiapapun... Krn ini adalah futuhat dari tuhanNya. Yang menjadi kekasih dan tempat di qalbnya.. Oh tuhan jadikan aku dari hamba-hambaMu yang dipilih oleh Mu dibawah naungan dan payung rahmatMu... Sungguh ku tahu diri ini amat jauh daripada perjalanan ahl Khawasul khawas.. Apa yang berlaku pada waktu ini adalah apa yang telah tercatat di Luh mahfuz pada suatu ketika dahulu.......
Benar kata pendeta " manusia itu tahu akan segala dosa yang dlakukan tetapi masih enggan meninggalkannnya dan manusia juga tahu akan nikmat syurga Mu tetapi tidak mahu melakukan amalan untuk mencapai mardhotillah"
Satu-satunya pintu untuk mencapai itu, iaitu kembali dan turun kepada maqam taqwa... astagfirullah rabbalbaraya... astagfirullah minal khotoyaa....

"Allah Allah rabbunAllah
Allah Allah ilahunAllah
Tubna Ila Allah
Wa rojakna ila Allah
Wanadimna Ala ma faalna"
Ya Allah tidak tahu lagi apa yang ingin ku luahkan...... Terima kasih tuhan kerana telah mengetuk pintu hati ku..... Ku hanya dapat bertahadus diatas segala anugera yang Kau berikan padaku....
Sungguhnya cahayaMu itu akan hadir di baitillah ini dengan berselawat dan mengucapkan istigfar kepada Mu...
Haqiqat syuhud amatlah sukar untuk dimiliki..... Kerana permulaan syuhud itu adalah nampak dihati ini tentang segala afal Allah ataupun dikenali dengan Syuhud Wahdatul Afal... dan peringkat kedua adalah syuhud Wahdatul Sifat iaitu memandang dihati ini segala yang berlaku terjadi dengan arahan @ sifat2 kebesaran Allah taala.. Dan yang paling tinggi adalah Syuhud Wahdatul Zat inilah setinggi2 maqam hamba dengan tuhannya... Kerana mereka meyakini bahwa segala yang wujud(majazi) adalah haqiqatnya didahului dengan tiada, kemudian Allah taala menjadikannya, maka barulah sesuatu itu terjadi dan wujud maka sesuatu itu akan kembali kepada asalnya iaitu binasa. Maka haqiqat zat wujud(haqiqi) adalah zat Allah taaala.. Oleh itu, hatinya setiap saat dan detik hanya meyakini dan merasai bahawa Allah sentiasa dekat dan hampir dengan diri seperti firman Allah yang mafhumnya : " sesungguhnya Aku terlebih hampir dengan diri kamu lebih daripada urat halkum" Sodakollah hul adhim..

Tidak hairanlah hukama mengatakan didalam kitabnya bahwasanya bagi auliya itu mereka merasai tuhannya itu seperti seorang rakyat jelata yang dhoif berada dihadapan seorang raja. Terkaku segala anggota badan tiada bergerak geri kerana takut dan rasa penghormatan yang amat tinggi kepada rajanya. Terlebih lagilah bagi auliya dengan Tuhannya.. Robbul Izati....Raja segala pemerintah langit dan bumi... Zat yang Qodimah dan Pencipta sekalian alam...
Semua ini adalah perjalanan Hati auliya Allah.... Mereka tidak sedikit pun mempertikaikan apa yang berlaku keatas diri Mereka (didalam hati mereka) kerana tahu bahawa ini adalah haqiqatnya daripada arahan Allah taala... Benarlah mafhum firman Allah :" tidak bergerak sesuatu zarah melainkan dengan izin Allah" .... Dan setiap nikmat yang melimpahi mereka nampak bahawa ini adalah Keluasan dan kasih sayang Tuhannya maka bertambah kasih dan sayanglah mereka kepada Tuhannya,,, dan jika sesuatu ujian atau musibah yang menimpa mereka, mereka akan memandang bahawa betapa kuasa dan kerasnya azab Tuhannya, maka bertambah takut dan berimanlah mereka dengan Tuhannya.. Bagi auliya mereka tidak dapat dibelengu dan ditipu oleh nafsu, syaiton, dunia, dan segala awarid dan awaiid....
Semua ini tidak dapat dicapai melalainkan masuk kepada jalanan salik dan pembersihan hati jiwa nuraniii..
Ya Alllah kurniakanlah kepada ku perjalanan seperti anbiya dan auliya Mu... Kerana inilah jalan yang paling selamat untuk mencapai kepadaMu....
Sekian Dari Hamba yang faqir
Alhamdulillah....

"Allah Allah rabbunAllah
Allah Allah ilahunAllah
Tubna Ila Allah
Wa rojakna ila Allah
Wanadimna Ala ma faalna"

Khamis, 11 Februari 2010

Aduka Taruna WAHABI


ADUKA TARUNA ADALAH CONTOH 'TERBAIK' HASIL DIDIKAN WAHABI ANTI MAZHAB

Saya ingin berkongsi dengan semua isu atau kes penghinaan ke atas Al-Marhum Sultan Johor Sultan Iskandar Sultan Ismail yang mangkat baru-baru ini. Ya sudah pasti seperti yang dimaklumkan dalam media Istana Johor dan selainnya mengadakan tahlil dan bacaan Yasin paling kurang 7 hari selepas kemangkatan Sultan Johor tersebut. Nah! Terdengar dari para ostaz otai Wahhabi yang mencemuh amalan ini dan menghukum amalan tersebut sebagai SESAT SYIRIK dan KAFIR kerana bagi otai Wahhabi perkara itu adalah bid'ah sesat masuk neraka. Saya rasa kenyataan biadab Wahabi lebih perlu diambil tindakan melebihi tindakan ke atas Aduka Karuna (Khairul Nizam)kerana Wahabi malaysia bukan sahaja menghina mana-mana Raja dan sultan bahkan seluruh institusi beraja adalah sesat disisi Wahabi kerana melakukan amalan Tahlil, Yasinan dan selainnya dari perkara baru yang masih diharuskan lagi sebenarnya oleh Islam.

ADUKA TARUNA PUJI BEKAS MUFTI WAHHABI TAPI MAKI & HINA ULAMA-ULAMA ISLAM

Apabila kubelek-belek (kaji) aku dapati Aduka Taruna amat terpengaruh dengan ala didikan Wahhabi yang suka maki ulama Islam waktu yang sama memuji beberapa tokoh Wahabi yang memang ngam dengan nalurinya. Didapati Aduka Taruna gemar memuji bekas mufti wahhabi tersebut tetapi ulama dan ustaz-ustaz lain dia memaki dengan ungkapan BODOH, BANGGANG dan selainnya dari makian yang setaraf dengan cara makian otai-otai Wahhabi Malaysia. Paling pelik Aduka Taruna amat menyokong bekas MB sebuah tempat waktu yang sama pulak menghina MB (parti lawannya) tempat lain dengan ungkapan makian yang amat menyedihkan.
Aduka Taruna memuji otai Wahabi tapi hina pulak ulama-ulama dan ustaz-ustaz . Aduka Taruna menyokong pemimpin yang berlatar belakangkan Wahabi (walaupun bekas MB tu sendiri pun tak phm sgt wahabi tu kemender) tapi hina pula pemimpin parti berbeza.

Maka siapakah dibelakang Aduka Taruna ini? Maksud saya hasil cara didikan fahaman manakah yang membuahkan hasil 'secantik' aduka taruna ini jika bukan didikan ala kewahabiyatan dan ini buktinya:

ADUKA TARUNA & WAHABI HINA BERMAZHAB
Dalam artikel Aduka Taruna sendiri yang berjudul WAHABI PERLIS dan SEMBANG MAZHAB amat jelas Aduka Taruna (AT) ini berfahaman Wahabi anti mazhab. Siapa lagi yang bukan anti Mazhab kecuali Wahhabi?! Dalam artikel tersebut jelas hasil didikan Wahhabi terserlah pabila AT menghina Mazhab Syafi'e bahkan hukum dalam islam (isu batal wuduk) juga turut dihina oleh AT. Siapakah yang mempelopori didikan penghinaan begitu jika bukan Wahhabi!? Wahhabi menghina orang yang ikut mazhab bahkan menghukum syirik dan kafir kepada umat Islam yang bermazhab. AT adalah hasil 'terbaik' kilang Wahhabi Sendirian Berhad.


ADUKA TARUNA DAN WAHABI HINA SAHABAT NABI

Terlalu banyak bukti penghinaan Wahabi terhadapa sahabat Nabi. Rujukan utama Wahabi yang dilabelkan kononnya Syeikhul Is... mereka kerap melontarkan kata-kata penghinaan kepada sahabat nabi seperti Saidina Ali. Begitu juga bekas mufti Wahabi yang menghukum sahabat nabi Bilal Al-Muzani sebagai beramal dengan syirik dan sebagainya. Mereka tidak menghormati para sahabat Nabi yang membayar segala kehidupan mereka demi Islam tersebar sehingga ke hari ini. Nah! AT ini turut mengikut jejak langkah ajaran Wahhabi yang suka menghina sahabat Nabi dengan mengeluarkan kenyataan kesat sebijik setaraf dengan Wahhabi.

U all boleh bace kedua2 artikel Aduka Taruna tersebut di bawah  dalam blognya baru2 ini dan kelak akan dipaparkan artikelnya yang memuji dan meyokong bekas MB yang beraliran Wahabi.Tetapi didalam blog Asri dia menafikan hal ini. tetapi inilah padah apabila ada orang agama yang bercakap demi kepentingan peribadi.

Wahabi Perlis

Oleh : AdukaTaruna

Gua bukanlah dari bidang agama. Maka, lebih elokla lu tapis sendiri. Cuma blog gua, suka hati gualah nak cakap fahaman gua. Ada masa gua balun, ada masa gua kena balun.

Pada gua, mazhab2 ni semua bangang nak mampos. Aku mazhab Shafie, ekau mazhab Hambali, dio mazhab Hadari. Kalau mak gua Shafie, gua kena Shafie. Kalau geografi gua Shafie, gua kena Shafie gak (Elin sorang jer Shafie Apdal). Kan ke ketetapan yang baling bongok dalam dunia.

Lu orang lebih elok la ikut ilmuan Islam lain. Tapi gua enggan. Shafie tu ingat dia sorang paling best ke apa? Takda maknanya de. Dia sendiri suruh campakkan pendapat dia ke dinding kalau jumpa dengan yang lebih elok. So, mampos la sama pemuja Shafie. Ada ke sentuh kulit isteri batal wuduk? Niamakahai punya pendapat. Dan gua dipaksa ikut sebab keturunan dan geografi? Tak dapek den do tu bhai..

Samo gak isu perang Muawwiyah-Aishah dgn Ali. Pada gua Aishah dan Muawwiyah manusia stupid dalam tajuk itu. Lu nak hukum gua kapir pun gua no hal punya. Memang 2-2 salah, tapi paling berat kat mangkuk 2 ekor tuh. Apa ingat Aishah isteri Nabi dia maksum. Janji syurga tidak bermaksud dia maksum dalam setiap isu dan dalam setiap tajuk. Lu tunjuk gua ahli syurga yang tepat dalam setiap tajuk ketika di dunia.

Azazil yang lebih mulia dari Aishah pun silap, inikan pulak just seorang pompuan. Kerana perjuangkan individu (khalifah yang kena bunuh), berjuta-juta mampos. Sohai punya 2 ekor. Bodoh piang. Ali lembab siasat pembunuhan memang salah Ali. Tapi apa kes sampai nak berperang? Bodoh.


Bukti petikan dari blognya yang telah dipadam

__________________

Sembang Mazhab.
Oleh : AdukaTaruna

Wujudnya aliran mahzab ini ialah keupayaan mentafsirkan bahan mentah berbeza-beza oleh manusia. Keupayaan dan hasil tafsir ada banyak pembolehubah. Pertama genetik, seterusnya budaya, emosi ketika tafsiran itu dibuat, persekitaran kehendak dan politik ketika tafsiran dibuat dan sebagainya.

Maka, guru yang berkarisma akan menjadi tokoh. Tokoh akan mempunyai pengikut. Kedua elemen ini akan membentuk mazhab. Keupayaan satu-satu mazhab mengembangkan fahaman mereka adalah pembolehubah kepada besr atau kecilnya mereka. Gua ulang balik, mazhab adalah Islam 3rd party. Mazhab adalah hasil tafsir kepada bahan mentah; yakni Al-Quran, hadis dan sunnah.

Cuma masalahnya, kenapa harus bangang menjadikan tafsiran 3rd party sebagai bahan mentah? Bahan mentah kita ialah Al-Quran, hadis dan sunnah. Dan diimbangi oleh pendapat mazhab sebagai rujukan. Kita sendiri yang perlu tafsir bahan mentah. Kemudian ambil mana-mana tafsiran yang paling kukuh, paling sesuai dengan keupayaan diri dari 3rd party.

Takda maknanya, mak gua Shafie, gua kena Shafie sampai mampos. Sambung ke anak cucu. Ada bahan mentah yang suruh lu terikat dengan keturunan dan terikat dengan tafsiran 3rd party? Pada gua, ada banyak tafsiran Shafie yang mengarot, sebagaimana banyak lagi tafsiran mengarot dari mazhab lain. Kerana apa? Kerana kuasa mentafsir bahan mentah, Allah tak beri kepada hanya 4 ekor mazhab ni secara mutlak. Refresh beb... refresh sket.

Contoh. Bahan mentah ialah perkataan SUNNAH. Pada gua, sunnah ialah KETETAPAN. Sunnah Allah adalah ketetapan Allah. Sunnah Nabi adalah keketapan Nabi (juga dari wahyu Allah). Sunnah Allah adalah berpusingnya bumi, siang malam. Ketetapan. Ketetapan Allah, setiap yang terjadi ada sebab. Ketetapan Nabi ialah cara-cara, prosedur, law yang ditunjukkan nabi.

Tapi masuk bab ulama, terutama Melayu nih, sunnah Nabi ialah full set total kehidupan nabi. Punya stupid. Pakai serban sunnah Nabi. Itu bukan ketetapan yang Nabi wartakan. Abu Jahal mabok todi pun pakai serban. Kayu sugi bukan ketetapan. Ketetapannya ialah menggosok gigi.

Sentuh kulit isteri batal wuduk. Sentuh taik tak plak batal wuduk. Apa kejadah sungguh la pendapat Shafie. Pendapatnya tu apa kejadah, bukan imannya. Bahan mentah cakap apa? Nak ikut bahan mentah dulu atau 3rd party dulu? Dia suruh gua campakkan ke dinding, ni gua campakkan la nih. Gentle punya campak kasi Melayu berfikir sket. Anjing kalau sentuh kena samak. Kesian gua tgk anjing tuh.

Lu nak ikut Shafie buleh beb. Lu ikut la total sampai ke mati. Takda masalah. Tapi kebebasan hujah lu kena telan lah. Gua ingat kalau Shafie masih ada skang, dia pun banyak tafsiran sendiri yang nak dimansuhkan tu.

Muawiyah + Aishah plak.

Lagi 2 ekor mangkuk
. 2 ekor mangkuk bukan pada ahli syurganya atau pertalian darah Nabi, tapi kepada tajuk. Isteri Nabi Nuh jatuh hukum bangang, tetap jatuh hukum bangang. Anak Nabi Nuh jatuh hukum bangsat, tetap jatuh hukum bangsat. Anak Nabi Adam jatuh hukum sohai, tetap tiada kompromi. Sohai sebab bunuh saudara sendiri.

Anak Nabi Muhammad SAW kalau mencuri, potong tangan dia. Seandainya dia bertaubat selepas itu, atau redha Allah lebih tinggi dari perbuatannya mencuri, dia tetap Allah masukkan dalam syurga.

Aishah penyebab kematian ratus ribu nyawa dan darah muslim, dia tetap jatuh hukum bangang nak mampos. Dalam tajuk itu.

"Jumhur ulama menetapkan keduanya tidak salah. Tapi Ali menghampiri kebenaran."

What the fuck?
Berapa ramai mampos sebab kerja bodoh dikatakan tiada yang salah? Hanya kerana status elite Aishah? Hanya kerana dia kerabat diraja atau hanya kerana dia keturunan Syed? Islam itu Allah punya atau ulama punya? Niamakahai.

Kalau sentuh taik, wuduk sah. Tapi solat tidak sah. Kan ke ada pengasingan tajuk tu. Wuduk sah, tidak batal. Tapi masuk bab solat, tidak sah. Kalau ada pengasingan tajuk, apa kes hanya kerana hanya status elite Aishah dia melanggar segala pengasingan tajuk? Bangang tetap bangang la bhai... salah tetap salah la bhai.... kalau mencuri, potong jer tangan dia. Peduli apa dia isteri nabi atau tidak, anak nabi atau tidak.

Isteri Nabi Nuh jatuh hukum bangang, tetap jatuh hukum bangang. Anak Nabi Nuh jatuh hukum bangsat, tetap jatuh hukum bangsat. Anak Nabi Adam jatuh hukum sohai, tetap tiada kompromi. Sohai sebab bunuh saudara sendiri.

Boleh plak ulama tukar2 bila kena tang batang hidung Aishah. Lepas tu lu suruh gua follow mazhab secara mutlak. Islam 3rd party. Skang lu nampak tak kenapa gua buat N3 Aishah dalam N3 mazhab?

Dalam tajuk; Muamiyah + Aishah bangang tukil. Penyebab kepada perpecahan, punca kematian ratus ribu muslim di jalan sia-sia, punca jutaan anak-anak muslim hilang bapa, punca puluh ribu institusi muslim diambang kekafiran, punca puluh ribu muslimah menjada dan menderita.

Dan mazhab boleh bersatu mengubahsuai Islam demi kepentingan elite tertentu. Noktah.

AdukaTaruna
Bukti petikan dari blognya yang telah dipadam



SAH! ADUKA TARUNA ADALAH HASIL DIDIKAN WAHABI

Bila sifat TAQWA sudah hilang dari Ulama.

Bila Ulama tidak bertaqwa maka ia akan di kuasai oleh nafsu nafsu:

1. sombong atau ego
2. ujub dan riak
3. hasad dengki
4. susah untuk menerima kebenaran dari orang lain
5. ingin berlawan terutama dengan sesama ulama
6. gunakan ilmu sebagai alat untuk kepentingan dunia, pangkat dan wang ringgit.
7. pemarah
8. ingin dihormati (gila puji)
9. suka hidup bermewah mewah
10. tidak merendah diri
11. tidak mahu merasa dirinya kurang
12. tidak bersedia untuk di tegur
13. suka menunjuk nunjuk pandai dan kehebatan.
14. mengampu pemerintah

Ulama yang bertaqwa menggunakan ilmu untuk kepentingan Allah dan kehidupan di Akhirat, mudah melupa dan memaafkan kesilapan orang lain, tidak suka dihormati dan di puji kerana yang layak dipuji hanyalah Allah, dan zuhud serta warak.

Bila tidak ada ulama yang begini, maka umat seolah olah ketiadaan lampu.Tinggallah dalam gelap gelita.Tidak tahu halal haram, tidak kenal Quran dan Hadis, tidak kenal Allah dan alam akhirat, tidak pandai membezakan akhlak baik dan akhlak buruk, tidak faham apa yang boleh dan apa yang tidak boleh, juga yang baik dan yang tidak baik.Maka hidup mereka tidak menentu. Kadang ke Barat, kadang ke Timur, terlanggar sana terlanggar sini, terjunam ke lembah lembah, tersungkur di jalan dan macam macam kacau bilau lagi. Jarang dan mungkin tidak ada langsung yang selamat. Maka jadilah apa yang sedang terjadi hari ini. Umat Islam tidak bertaqwa dan tidak ikut Islam sepenuhnya, kadang kadang jadi macam Yahudi, macam Kristian, macam Hidnu, Buddha, dan macam macam lagi. Budaya dan tammaddun Islam tidak ada dan tidak dapat di bangunkan dan di perjuangkan.Yang ada ialah budaya campur aduk dan kacau bilau.

Rabu, 10 Februari 2010

Bulan Safar

BULAN Safar adalah bulan kedua mengikut perkiraan kalendar Islam yang berdasarkan tahun Qamariah (perkiraan bulan mengelilingi bumi). Safar artinya kosong. Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang-orang Arab sering meninggalkan rumah mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan dan menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka. Antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam pada bulan ini ialah Peperangan Al-Abwa pada tahun kedua Hijrah, Peperangan Zi-Amin, tahun ketiga Hijrah dan Peperangan Ar-Raji (Bi’ru Ma’unah) pada tahun keempat Hijrah.

Di dalam bulan ini juga ada di kalangan umat Islam mengambil kesempatan melakukan perkara-perkara bidaah dan khurafat yang bertentangan dengan syariat Islam. Ini kerana menurut kepercayaan turun-temurun sesetengah orang Islam yang jahil, bulan Safar ini merupakan bulan turunnya bala bencana dan mala- petaka khususnya pada hari Rabu minggu terakhir. Oleh sebab itu setiap tahun mereka akan melakukan amalan-amalan karut sebagai cara untuk menolak bala yang dipercayai mereka itu.

Antara amalan khurafat yang pernah muncul di alam Melayu ialah upacara Pesta Mandi Safar. Amalan ini menjadi popular suatu waktu dahulu. Apabila tiba bulan Safar, umat Islam terutamanya yang tinggal berhampiran dengan pantai atau sungai akan mengadakan upacara mandi beramai-ramai dengan kepercayaan perbuatan berkenaan boleh menghapuskan dosa dan menolak bala. Pada biasanya amalan mandi Safar ini dilakukan pada hari Rabu minggu terakhir dalam bulan Safar.

Selain daripada amalan tersebut, kebanyakan umat Islam pada masa ini, khususnya orang-orang tua di negara ini tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan dalam bulan Safar kerana mereka berpendapat dan mempercayai bahawa kedua-dua pengantin nanti tidak akan mendapat zuriat. Amalan dan kepercayaan seperti itu jelas bercanggah dengan syariat Islam serta boleh menyebabkan rosaknya akidah.

Sebenarnya nahas atau bala bencana itu tidaklah berlaku hanya pada bulan Safar sahaja. Kepercayaan karut itu telah ditolak dan dilarang dengan kerasnya oleh agama Islam sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah At-Taubah ayat 51 yang tafsirannya:

“Katakanlah (wahai Muhammad), tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.”

Mengamalkan perkara-perkara khurafat atau kepercayaan karut adalah nyata ditegah oleh syarak di samping ketiadaan manfaatnya ia boleh merosakkan akidah seseorang dan ia juga menambahkan amalan-amalan bidaah yang buruk. Oleh yang demikian, umat Islam hendaklah melemparkan sangkaan atau kepercayaan karut tersebut supaya kita terlepas daripada amalan-amalan yang boleh membawa kepada syirik. [

Amalan Rabu Terakhir di Bulan Shafar
Al-Imam`Abdul Hamid Quds (Mufti dan Imam Masjidil Haram)
Dalam Kanzun Najah Was-Suraar Fi Fadhail Al-Azmina Wash-Shuhaar

Banyak Awliya Allah yang mempunyai pengetahuan spiritual yang tinggi mengatakan bahwa pada setiap tahun, Allah I menurunkan 320.000 macam bala bencana ke bumi dan semua itu pertama kali terjadi pada hari Rabu terakhir di bulan Shafar, yang dikenal dengan Rabu Wekasan. Oleh sebab itu hari tersebut menjadi hari yang terberat di sepanjang tahun. Maka barangsiapa yang melakukan shalat 4 rakaat (Nawafil, sunnah), di mana setiap rakaat setelah al-Fatihah dibaca surat al-Kautsar 17 kali lalu surat al-Ikhlash 5 kali, surat al-Falaq dan surat an-Naas masing-masing sekali; lalu setelah salam membaca do’a di bawah ini, maka Allah dengan Kemurahan-Nya akan menjaga orang yang bersangkutan dari semua bala bencana yang turun di hari itu sampai sempurna setahun.

Do`a tersebut adalah:
Bismilaahir rahmaanir rahiim
Wa shallallaahu ‘alaa sayyidinaa muhammadin wa ‘alaa aalihi wa shahbihi wa sallam.

Allaahumma yaa syadiidal quwa wa yaa syadidal mihaal yaa ‘aziiza dzallat li’izzatika jamii’u khalqika ikfinii min jamii’i khalqika yaa muhsinu yaa mujammilu yaa mutafadh-dhilu yaa mun’imu yaa mukrimu yaa man laa ilaaha illa anta bi rahmatika yaa arhamar raahimiin

Allaahumma bisirril hasani wa akhiihi wa jaddihi wa abiihi ikfinii syarra haadzal yawma wa maa yanzilu fiihi yaa kaafii fasayakfiyukahumul-laahu wa huwas-samii’ul ‘aliim. Wa hasbunallaahu wa ni’mal wakiilu wa laa hawla wa laa quwwata illaa billaahil ‘aliyyil ‘azhiim. Wa shallallaahu ta’aalaa ‘alaa sayyidinaa muhammadin wa ‘alaa aalihi wa shahbihi wa sallam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Semoga shalawat dan salam Allah senantiasa tercurah pada junjungan kami, Nabi Muhammad saw, keluarga dan para sahabatnya.

Allahumma, Ya Allah, Tuhan Yang Maha Memiliki Kekuatan dan Keupayaan; Ya Allah, Tuhan Yang Mahamulia dan karena Kemuliaan-Mu itu, menjadi hinalah semua makhluk ciptaan-Mu, peliharalah aku dari kejahatan makhluk-Mu; Ya Allah, Tuhan Yang Maha Baik Perbuatan-Nya; Ya Allah, Tuhan Yang Memberi Keindahan, Keutamaan, Kenikmatan dan Kemuliaan; Ya Allah, Tiada Tuhan kecuali hanya Engkau dengan Rahmat-Mu Yang Maha Penyayang.

Allaahumma, Ya Allah, dengan rahasia kemuliaan Sayyidina Hasan ra dan saudaranya (Sayyidina Husein ra), serta kakeknya (Sayyidina Muhammad saw) dan ayahnya (Sayyidina `Ali bin Abi Thalib ra), peliharalah aku dari kejahatan hari ini dan kejahatan yang akan turun padanya; Ya Allah, Tuhan Yang Maha Memelihara, cukuplah Allah Yang Maha Memelihara lagi Maha Mengetahui untuk memelihara segalanya. Cukuplah Allah tempat kami bersandar; tiada daya dan upaya kecuali atas izin Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Amin.

Dan Syaikh Albani y berkata, “Sesungguhnya Allah menurunkan bala bencana pada akhir Rabu bulan Shafar (Wekasan) antara langit dan bumi. Bala bencana itu diambil oleh malaikat yang ditugaskan untuknya dan diserahkannya kepada Wali Qutub al-Ghawts, lalu wali tersebut yang membagi-bagikannya ke seluruh alam semesta; maka apa yang terjadi di muka bumi ini, baik kematian, musibah atau kesulitan dan sebagainya adalah bagian dari bala bencana yang dibagi-bagikan oleh Wali Qutub tersebut. Barang siapa yang menginginkan keselamatan dari hal-hal tersebut, hendaklah ia melakukan shalat 6 rakaat, di mana setiap rakaat setelah al-Fatiha dibaca ayatul Kursi dan surat al-Ikhlash. Kemudian dilanjutkan dengan shalawat atas Nabi saw dan membaca do’a berikut:

Bismillaahir rahmaanir rahiim
Allaahumma innii as-aluka bi asmaa-ikal husnaa wa bikalimatikat-tammaati wa bi hurmati nabiyyika muhammadin shallallaahu ‘alayhi wa aalihii wa sallama an tahfazhanii wa antu’aa fiyanii min balaa-ika/Yaa daafi’al balaayaa/yaa mufarrijal hamm/yaa kasyifal ghamm/ iksyif ‘anni maa kutiba ‘alayya fii hadzihis-sanati min hammin aw gham/innaka ‘alaa kulli syay-in qadiir/wa shallalaahu ‘alaa sayyidinaa muhammadin wa ‘alaa aalihi wa shahbihii wa sallama tasliima

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Allaahumma, Ya Allah, sesungguhnya aku mohon dengan kemuliaan asma-Mu, dengan kalimat-Mu yang sempurna dan dengan kehormatan Nabi-Mu, Muhammad saw, sudilah kiranya Engkau memeliharaku dari segala bala bencana-Mu; Ya Allah, Tuhan Penolak Segala Bencana; Ya Allah, Tuhan Yang Menghilangkan Kesulitan dan Penyingkap Kesedihan, hilangkanlah dari sisiku apa-apa yang telah Engkau tentukan kejadiannya atas diriku pada tahun ini dari segala kesulitan dan kesedihan; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa untuk melakukan apa saja; dan semoga shalawat dan salam Allah senantiasa tercurah pada junjungan kami, Nabi Muhammad saw, keluarga dan para sahabatnya. Amin

===================================================================================


Bulan Safar adalah bulan dari bulan sunnah. Nabi s.a.w menamakannya Safar al-Khair. Bulan Safar juga merupakan bulan di mana Allah menurukan Kemarahan dan Hukuman ke atas dunia. Banyak kaum yang terdahulu yang tidak percaya kepada Allah dan Rasul telah lenyap pada bulan ini. Saya masih teringat Syeikh Adnan Al Kabbani menahan diri dari keluar berjalan pada bulan ini; Syeikh Adnan menasihati agar kita semua tidak meninggalkan rumah melainkan benar-benar perlu.

Telah di tetapkan untuk menjalankan amalan untuk perlindungan pada setiap hari di bulan Safar ini dari Kitab Al-Futuhat Al-Haqqaniyyah karangan Syeikh Adnan Al Kabbani. Yaitu dengan membaca setiap harinya: Shahadatain ( 3 kali ), Astaghfirullah ( 300 kali ), Al-Fil 7 kali dan Ayat Kursi 7 kali. Memberi Sadaqah setiap hari untuk Allah yang Maha Kuasa dengan niat untuk mengangkat jauh penderitaan dan malang.

Ia satu amalan baik, sebagaimana yang dibuat oleh Grandsheikh 'Abdullah qs., untuk membuat Korban di hari ke-27 Safar untuk Allah yang Maha Kuasa. Membaca setiap hari surah Al Fil ( 7 kali ) and Ayatul-Kursi ( 7 kali ).

Pada hari Rabu terakhir bulan Safar, buatlah amalan Adab sebagai berikut : Shadatain ( 3 kali ), Astaghfirullah ( 300 kali ), Ayatul Kursi ( 7 kali ), Surah Al Fil ( 7 kali ). Baca kesemuanya dan hadiahkanlah kepada diri sendiri dan juga untuk keluarga. Adab paling baik untuk menahan daripada keluar dari rumah pada hari itu. Jikalau harus keluar, maka kekalkan Adab dan pulanglah ke rumah dengan segera apabila selesai mendapat keperluan.

Grandshaykh Abadullah Faiz Daghestani qs. berkata: "Di hari rabu akhir bulan Safar, 70,000 penderitaan ( bala ) akan menimpa dunia. Barangsiapa yang mengekalkan Adab ini yang disebut, dia akan dilindungi oleh Allah yang Maha Kuasa."

===================================================================================

Assalamu’alaikum Wr Wb
Bismillah hirrohman nirrohim
Banyak Awliya Allah yang mempunyai pengetahuan spiritual yang tinggi mengatakan bahwa pada setiap tahun, Allah menurunkan 320.000 macam bala bencana ke bumi dan semua itu pertama kali terjadi pada hari Rabu terakhir di bulan Shafar (As Syeikh Al Kamil Fariduddin As Sukar Janji di dalam kitab "Al Jawahir Al Khoms" halaman 5) yang dikenal dengan Rabu Wekasan. Oleh sebab itu hari tersebut menjadi hari yang terberat di sepanjang tahun. Maka di sunnatkan untuk melakukan shalat.
Tata cara sholat
Dapat dilakukan secara sendiri sendiri atau ber jama’ah
Jumlah raka’at = 4 raka’at dengan 2 kali salam dengan bacaan setelah al fatihah :
Surat al kautsar (17x)
Surat al Ikhlas (5x)
Surat al Falaq dan an Nas masing masing (1x)
Niat Sholat : Usholli sunnatal lidaf’il balaa rokatainii lillaahi ta’ala
Waktu pelaksanaan :
Hari Rabu tanggal 25 Februari 2009
dimulai dari hari selasa Ashar atau maghrib sampai Ashar atau maghrib hari rabu.
Doa setelah sholat :
Bismilaahir rahmaanir rahiim
Wa shallallaahu alaa sayyidinaa muhammadin wa alaa aalihi wa shahbihi wa sallam.
Allaahumma yaa syadiidal quwa wa yaa syadidal mihaal yaa aziiza dzallat Li’izzatika jamii’u khalqika ikfinii min jamii’I khalqika yaa muhsinu yaa mujammilu yaa mutafadh-dhilu yaa mun’imu yaa mukrimu yaa man laa ilaaha illa anta bi rahmatika yaa arhamar raahimiin Allaahumma bisirril hasani wa akhiihi wa jaddihi wa abiihi ikfinii syarra haadzal yawma wa maa yanzilu fiihi yaa kaafii fasayakfiyukahumul-laahu wa huwas-samii’ul ‘aliim. Wa hasbunallaahu wa ni’mal wakiilu wa laa hawla wa laa quwwata illaa billaahil ‘aliyyil ‘azhiim. Wa shallallaahu ta’aalaa ‘alaa sayyidinaa muhammadin wa ‘alaa aalihi wa shahbihi wasallam
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Semoga shalawat dan salam Allah senantiasa tercurah pada junjungan kami, Nabi Muhammad saw, keluarga dan para sahabatnya. Allahumma, Ya Allah, Tuhan Yang Maha Memiliki Kekuatan dan Keupayaan; Ya Allah, Tuhan Yang Mahamulia dan karena Kemuliaan-Mu itu, menjadi hinalah semua makhluk ciptaan-Mu, peliharalah aku dari kejahatan makhluk-Mu; Ya Allah, Tuhan Yang Maha Baik Perbuatan-Nya; Ya Allah, Tuhan Yang Memberi Keindahan, Keutamaan, Kenikmatan dan Kemuliaan; Ya Allah, Tiada Tuhan kecuali hanya Engkau dengan Rahmat-Mu Yang MahaPenyayang.
Allaahumma, Ya Allah, dengan rahasia kemuliaan Sayyidina Hasan ra dan saudaranya (Sayyidina Husein ra), serta kakeknya (Sayyidina Muhammad saw) dan ayahnya (Sayyidina `Ali bin Abi Thalib ra), peliharalah aku dari kejahatan hari ini dan kejahatan yang akan turun padanya; Ya Allah, Tuhan Yang Maha Memelihara, cukuplah Allah Yang Maha Memelihara lagi Maha Mengetahui untuk memelihara segalanya. Cukuplah Allah tempat kami bersandar; tiada daya dan upaya kecuali atas izin Allah Yang Maha Tinggi lagi MahaAgung. Amin.

Isnin, 25 Januari 2010

cerita syaitan

Ada seorang manusia yang
bertemu dengan setan di waktu
subuh. Entah bagaimana awalnya,
akhirnya mereka berdua sepakat
mengikat tali persahabatan. Ketika
waktu subuh berakhir dan orang
itu tidak mengerjakan solat, maka
setan pun sambil > tersenyum
bergumam, "Orang ini memang
boleh menjadi sahabatku..!" >
Begitu juga ketika waktu Zuhur
orang ini tidak mengerjakan solat,
setan tersenyum lebar sambil
membatin, "Rupanya inilah bakal
teman sejatiku di akhirat nanti!" >
> Ketika waktu asar hampir habis
tetapi temannya itu dilihatnya
masih juga asyik dengan
kegiatannya, setan mulai terdiam.
> Kemudian ketika datang
waktunya maghrib, temannya itu
ternyata tidak solat juga, maka
setan nampak mulai gelisah,
senyumnya sudah berubah
menjadi kecut. Dari wajahnya
nampak bahawa ia seolah-olah
sedang mengingat-ingat sesuatu.
> Dan akhirnya ketika dilihatnya
sahabatnya itu tidak juga
mengerjakan solat Isya', maka
setan itu sangat panik. Ia rupanya
tidak bisa menahan diri lagi,
dihampirinya sahabatnya yang
manusia itu sambil berkata
dengan penuh ketakutan, "Wahai
sahabat, aku terpaksa
memutuskan persahabatan kita!"
> Dengan keheranan manusia ini
bertanya "Kenapa engkau ingkar
janji bukankah baru tadi pagi kita
berjanji akan menjadi sahabat?".
"Aku takut!", jawab setan dengan
suara gemetar. "Nenek moyangku
saja yang dulu hanya sekali
membangkang pada perintah-
Nya, iaitu ketika menolak disuruh
sujud pada "Adam", telah
dilaknat-Nya; apalagi engkau yang
hari ini saja ku saksikan telah lima
kali membangkang untuk
bersujud pada-Nya (Sujud pada
Allah). Tidak terbayangkan olehku
bagaimana besarnya murka Allah
kepadamu!", kata setan sambil
beredar pergi. > BACALAH
dengan mata HATI supaya dari
mata TURUN ke HATI......