Rabu, 19 Ogos 2009

Rintihan HambaMu

Ya Allah!
Selamatkanlah diri hamba, keluarga hamba, sanak saudara hamba, orang-orang yang hamba cintai mereka kerana-Mu. Selamatkanlah kami! Selamatkanlah! Selamatkan orang-orang yang mencintai. Selamatkanlah orang-orang yang dicintai.


Ya Allah!
Kami adalah hamba-hamba-Mu yang lemah. Hamba yang seringkali terpedaya. Hamba yang seringkali menganiayai diri kami sendiri. Hamba yang seringkali menzalimi orang-orang di sekeliling kami.


Ya Allah!
Kami pohon agar Engkau pelihara segala gerak geri kami dan diam kami, segala lontaran kalimat kami dan segala kehendak kami serta lintasan-lintasan hati kami daripada sebarang keraguan dan sebarang sangkaan serta perasaan-perasaan yang menutupi kalbu daripada menyaksikan rahsia-rahsia ghaibMu.


Ya Allah!
Dunia ini menipu kami dengan keseronokan yang palsu, menyiksa kami dengan harapan yang tidak Engkau redha. Dunia ini telah membelenggu jiwa kami, menikam merobek ketabahan kami hingga kami lebur di pangkuan nafsu yang ganas dan hina. Kami kotori kesucian jiwa kami hingga jadi hitam penuh karat dosa yang membunuh ketenangan kebahagiaan kami.


Ya Allah!
Kami mengaku kezaliman kami. Sesungguhnya tiada daya kami daripada mengelak maksiat, dan daripada mengerjakan taat melainkan dengan pertolongam-Mu ya Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Agung.


Ya Allah!
Mudahkanlah bagi kami segala urusan kami beserta kerehatan bagi hati kami dan badan kami, dan selamat serta afiat di dalam agama kami dan dunia kami, dan Engkau jadilah Sahabat bagi kami di dalam perjalan kami dan Pengganti kami bersama keluarga kami. Ameen!
Saya mengharapkan, untuk hari semalam, diri saya, orang-orang yang saya sayangi dan orang-orang yang menyayangi saya, segala dosa-dosa yang kami lakukan, maka semoga Allah ampunkan. Untuk hari ini dan hari-hari mendatang, saya mendoakan dengan nyawa dan air mata saya, untuk diri saya, untuk ibu bapa saya, untuk keluarga saya, untuk saudara mara saya, untuk sahabat-sahabat saya, juga untuk orang-orang yang saya cintai dan orang-orang yang mencintai saya, semoga Allah pelihara kami semua daripada melakukan kemaksiatan yang mengundang bala dan murka Allah. Semoga kami terpelihara daripada menzalimi diri kami sendiri dan daripada menzalimi orang-orang yang berada di sekeliling kami.
Saya mohon, agar saya tidak akan menzalimi orang-orang yang saya cintai dan agar orang-orang yang saya cintai tidak akan menzalimi saya. Kerana saya mencintai mereka, dengan harapan untuk bersama-sama dengan mereka di syurga. Kerana saya mencintai mereka dengan harapan Allah mencintai saya, dan agar Allah mencintai orang-orang yang saya cintai.


Ya Allah,
Hamba mohon perlindungan, agar hamba tidak mencintai apa yang Engkau murkai, dan semoga orang-orang yang hamba cintai tidak juga mencintai apa yang Engkau murkai. Lindungilah kami, lindungilah kami, kerana dunia ini telah banyak menipu dan menyiksa kami. Kerana telah terlalu lama kami terbelenggu oleh nafsu yang merosakkan kami. Peliharalah iman kami, matikanlah kami sebagai hamba yang Engkau ampuni. Ya Allah, kasihanilah kami. Jangan jadikan kami bunga-bunga hitam yang akan terbakar di neraka! Jangan jadikan kami bunga-bunga hitam yang hangus dalam kemurkaan-Mu.


Dalil Bahawasanya Golongan Wahabi Salah

Hadis No. 3: Golongan Yang Mencukur Kepala (al-Tahliq)
Kenapakah para ulama’ begitu menentang golongan Wahhabi?

Jawapannya: Kerana golongan inilah yang banyak dinyatakan di dalam hadis Rasulullah SAW. Kami telah menyatakan dua buah hadis yang berkaitan.

Ini adalah hadis no. 3.

Hadis No. 3: Golongan Yang Mencukur Kepala








Terjemahan:

Daripada Abu Saed al-Khudri r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Akan keluar satu golongan manusia daripada arah Timur (Madinah) dan mereka membaca al-Quran tetapi tidak melebihi pangkal leher mereka. Mereka terpesong/terpancar keluar daripada agama seperti terpancarnya anak panah dari tempat pemanahan kemudian mereka tidak kembali lagi (ke dalam agama) sehingga kembali anak panah ke tempat perlancarannya.

Maka dikatakan: Apakah tanda mereka itu? (Wahai Rasulullah SAW)

Baginda SAW bersabda: “Tanda mereka itu adalah bercukur.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Dalam riwayat Muslim: “Mereka itu keluar ketika manusia berpecah-belah.”

Sedikit Perbincangan

Hadis ini dengan jelas menerangkan sifat golongan yang bakal muncul satu hari nanti. Sifat-sifat mereka ialah:

Dari arah Timur
Berslogan dengan al-Quran
Mereka bercukur
Keluar ketika manusia (bukan umat Islam sahaja) berpecah-belah

Al-Sheikh Ahmad Zaini Dahlan (Mufti Mazhab Shafie di Mekah) menukilkan di dalam kitabnya al-Durar al-Saniyyah fi al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah (Mutiara Yang Bersinar Bagi Menolak golongan Wahhabiyyah) (m/s: 53-54):

“al-Sayyid Abdurrahman al-Ahdal, Mufti Zabid (satu kawasan di Yaman berdekatan dengan al-Hudaydah dan Bayt al-Faqih) berkata:

Tidak perlu seseorang itu mengarang kitab untuk menolak (Muhammad) Ibn Abdul Wahhab; bahkan cukuplah untuk menolaknya dengan bersandarkan kepada Sabdaan Rasulullah SAW: (Dan tanda mereka (golongan yang sesat dari arah timur itu) ialah bercukur kepala), kerana al-tahliq (bercukur) ini tidak dilakukan oleh mana-mana ahli bid’ah selain daripada mereka. Dan Ibn Abdul Wahhab itu bahkan memerintahkan orang-orang perempuan yang mengikutnya supaya berbuat demikian sehingga seorang perempuan telah menjadi pengikutnya secara paksa telah mematahkan hujahnya. Ibn Abdul Wahhab menyangka perempuan itu mahu memperbaharui agamanya dan memaksa perempuan itu untuk mencukur rambutnya.

Perempuan itu berkata: “Kamu memerintahkan kaum lelaki supaya mencukur rambut mereka. Sekiranya kamu juga memerintahkan mereka mencukur juga janggut mereka, maka bolehlah kamu menyuruh orang perempuan mencukur rambut mereka kerana rambut bagi perempuan umpama janggut bagi lelaki (sebagai hiasaan). Maka Ibn Abdul Wahhab tidak mampu menjawab soalan itu.”

Tambah beliau lagi: “Dan sesungguhnya perlakuan Ibn Abdul Wahhab yang menyuruh pengikutnya bercukur kepala adalah satu tanda yang dijanjikan untuk membenarkan sabdaan Rasulullah SAW tentangnya dan pengikut2nya.”

Tambahan pula, hadis di atas menyatakan bahawa golongan ini akan keluar ketika manusia berpecah belah. Bukankah golongan Wahhabi keluar ketika umat Islam berpecah belah, bahkan seluruh dunia berpecah belah ketika Perang Dunia Pertama berlaku?

Walaupun sebelum itu golongan Wahhabi telah menguasai Mekah dan Madinah dua kali, tetapi telah diambil semula oleh Kerajaan Islam Turki Othmaniyyah. Dan golongan Wahabi dapat benar-benar menguasai Mekah dan Madinah setelah Perang Dunia Pertama dan kejatuhan Turki Othamniyyah. !!!

Rasulullah SAW telah memberi tanda isyarat yang cukup banyak tentang kemunculan Wahabi. Subhanallah.

Komen:

Adalah satu perkara yang maklum bahawa Ibn Abdul Wahhab menyuruh pengikutnya yang baru mengikutnya supaya bercukur kerana dakwaannya kononnya rambut yang lama telah tumbuh ketika pengikutnya itu masih dalam keadaan kufur.
Adalah satu perkara yang maklum golongan Wahhabi berpegang dengan pendapat haram memotong janggut walapun panjang. Maka kita dapat mengenal golongan Wahhabi dengan hanya melihat janggut mereka (walaupun tidak semua yang begitu adalah Wahhabi).
RENUNG-RENUNGKAN HADIS DAN KATA ULAMA’ DI ATAS


Kesimpulan

Sifat-sifat golongan Wahhabi yang dinyatakan di dalam hadis yang telah kami nyatakan:

Keluar dari arah timur (Hadis. 1 & 3)
Keluar daripada Najd (Hadis No. 2)
Berslogan dengan al-Quran tetapi tidak memahaminya dengan sebenar-benar kefahaman. (Hadis 3)
Tanda mereka adalah bercukur: (Arahan Muhammad Ibn Abdul Wahhab kepada para pengikutnya) (Hadis No. 3)
Keluar ketika manusiaberpecah belah (selepas perang Dunia Pertama: Golongan Wahhabi berjaya menjatuhkan Empayar Turki Othmaniyyah) (Hadis No. 3)

Dan banyak lagi…harap-harap golongan Ahli Sunnah amnya dan Wahhabi khasnya dapat pertimbangkan hadis-hadis ini apabila kami selesai mengeluarkan banyak lagi hadis dan kata-kata para ulama’ yang lain berkaitan kemunculan Wahabi..banyak lagi….

Wassalam.
Posted by a at 12:32 AM 0 comments
Labels: Hadis Berkaitan Wahhabi
Thursday, June 19, 2008
Hadis No. 2: Fitnah Dari Timur


Kenapa ulama’ begitu menentang golongan Wahhabiyyah?
Kerana golongan inilah yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW kemunculannya di akhir zaman dan masih ada sehingga ke hari ini.

Hadis-hadis berkaitan kemunculan Wahhabi

Banyak, memang banyak, namun begitu kita buat satu persatu Smile

Hadis No. 2: Fitnah Dari Timur


Terjemahan hadis:


Daripada Ibnu Umar r.anhuma bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda sedang baginda mengadap ke bahagian timur (Madinah): Ketahuilah sesungguhnya fitnah ada di sana, dari sanalah akan terbit tanduk Syaitan.”

Diriwayatkan oleh Imam Malik, Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Ahmad dan lain-lain. Dan dalam riwayat di sisi Imam Ahmad (Mereka keluar dari arah timur)

Apa kata golongan Wahhabi?

Dari timur itu bermaksud Iraq dan Iran di mana timbulnya ajaran Syiah dan pelbagai ajaran lagi.


Apa kata ulama’ lain?

Timur madinah itu Najd, di situlah tempat timbul Musaylamah al-Kazzab di Yamamah. Yamamah itu sebahagian daripada Najd. Dan banyak lagi riwayat yang menyatakan bahawa fitnah-fitnah akan timbul daripada Najd. [Sekarang ini Riyadh]


Ajaran Wahhabi juga berasal daripada Najd tanpa khilaf lagi.

Apa kata Google Maps ? [Klik pada gambar untuk membesarkannya]



Persoalan

Antara Riyadh, Iraq dan Iran, manakah satu arah timur Madinah? Tanya lah diri sendiri.


Cuba fikir-fikirkan.

Posted by a at 11:52 PM 0 comments
Labels: Hadis Berkaitan Wahhabi
Sunday, June 8, 2008
Hadis No. 1: Najd Sebagai Tempat Timbulnya Fitnah
Kenapa ulama’ begitu bersungguh-sungguh menentang golongan Wahhabiyyah?
Jawapannya:
Kerana golongan inilah yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW kemunculannya di akhir zaman dan masih ada sehingga ke hari ini. Hadis-hadis berkaitan kemunculan Wahhabi banyak, memang banyak, namun begitu kita buat satu persatu.


Hadis No. 1

Fitnah Dari Najd


عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ ذَكَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَأْمِنَا اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي يَمَنِنَا قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَفِي نَجْدِنَا قَالَ اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَأْمِنَا اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي يَمَنِنَا قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَفِي نَجْدِنَا فَأَظُنُّهُ قَالَ فِي الثَّالِثَةِ هُنَاكَ الزَّلَازِلُ وَالْفِتَنُ وَبِهَا يَطْلُعُ قَرْنُ الشَّيْطَانِ

رواه البخاري، والترمذي، وأحمد وابن حبان في صحيحه.

Maksudnya:

Daripada Abdullah Ibn Umar r.a., beliau berkata: Rasulullah SAW menyebut: Ya Allah! Berkatilah kami pada Yaman kami dan berkatilah kami Ya Allah! pada Syam kami.

Maka sebahagian sahabat berkata: Dan pada Najd kami Ya Rasulallah!


Rasulullah pun bersabda: Ya Allah! Berkatilah kami pada Yaman kami dan berkatilah kami Ya Allah! pada Syam kami.

Maka sebahagian sahabat berkata: Dan pada Najd kami Ya Rasulallah!


Dan aku menyangka (seingat aku) pada kali ketiga Rasulullah SAW bersabda: Di sanalah berlakunya gegaran-gegaran, fitnah-fitnah dan di sanalah terbitnya tanduk Syaitan.

Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, Imam al-Tirmidzi, Imam Ahmad, Imam Ibnu Hibban dan lain-lain.


Di manakah bumi Najd yang bakal menjadi pusat timbulnya fitnah? J


Kita Rujuk Kitab “Atlas al-Hadith al-Nabawi” oleh Dr. Syauqi Abu Khalil






Terjemahan dan gambar (Klik gambar untuk lebih besar)





Terjemahan: Najd: Di antara bandar-bandarnya pada hari ini ialah Riyadh dan kawasan persekitarannya, Qasim, Sadir, al-Aflaj dan pada waktu dahulu orang ramai mengira bahawa kawasan yang jauhnya lebih kurang 100 km dari timur Madinah adalah Najd.

Kedudukan Najd daripada Madinah Smile



Sedikit Ulasan

Tiada siapa yang dapat menafikan bahawa ajaran dan fahaman Wahhabiyyah timbul dari Najd. Ini jelas tercatat dalam sejarah. Perkara ini tidak dapat dinafikan oleh golongan Wahhabi sendiri.

Banyak lagi yang tidak kami tontonkan di sini untuk tidak menjadikan risalah ini panjang. Jadi, janganlah hairan sekiranya golongan Wahhabi ini ditentang dengan sehebat-hebatnya oleh ulama’ Ahli Sunnah dan Jamaah.

Sambung belajar di Darul Quran JAKIM

Pada Bulan Mei 2009 itulah satu tarikh keramat bagiku, kerana aku telah memasuki Darul Quran JAKIM di Kuala Kubu Baharu bagi melanjutkan pengajianKu di peringkat Diploma Tahfiz dan Qiraat selama lebih kurang 3 tahun.Suatu alam yang baru juga bagiku, tapi walau apapun semua ini telah ku lalui semasa hidup di sekolah lamaku di Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu.Segala pengalaman dan pengajaran banyak ku ambil disana menjadi bekalan dan kekuatan untuk terus aku menyambung sisa-sisa hiduoku.Owwwwh macam2 telah ku tempuhi dahulunyerrr.Seramai lebih kurang 7 orang pelajar dari MML telah menyambung pelajaran di DQ.Mereka ialah Aku, Najmi Afendi, Rasyidi, Murtadha, Mahfuz, Ismail Tote, dan Hasraa pada mulanya.Akhirnya Hasraa telah keluar kerana telah mendapat tawaran belajar di Maktab Tengku Ampuan Bainun.

Gambar ketika mencari modal di Masjid Darul Quran antara waktu Magrib dan Isyak.

(Dari kanan Fakhrudin, Zaid dan Nik Alaudin)


Masing-masing mempunyai skill menghafaz tersendiri.Ada yang berjemaah dan ada yang berseorangan tidak mau di ganggu.Ade jgk yg menghafaz dalam bilik.Dan ader jgk yang menjadi pengacau orang menghafaz.



(Daku termenung memikirkan tentang hala tuju daku selepas ini adakah akan benar terubah hidup ini, Ya Allah aku buntu dan memohon petunjuk dariMu)

Selasa, 18 Ogos 2009

Awass!!!Berhati-hati dengan Kaum Wahabinisme

CIRI-CIRI GOLONGAN SALAFIYYAH WAHHABIYYAH
JAUHILAH GOLONGAN SALAFIYYAH WAHHABIYYAH

CIRI-CIRI GOLONGAN SALAFIYYAH WAHHABIYYAH

AQIDAH

1.Membahagikan Tawhid kepada 3 Kategori
(i)Tawhid Rububiyyah: Dengan tawhid ini, mereka mengatakan bahawa kaum musyrik Mekah dan orang-orang kafir juga mempunyai tawhid.
(ii)Tawhid Uluhiyyah: Dengan tawhid ini, mereka menafikan tawhid umat Islam yang bertawassul, beristigathah dan bertabarruk sedangkan ketiga-tiga perkara tersebut diterima oleh majoriti ulama’ Islam khasnya ulama’ empat mazhab.
(iii)Tawhid Asma’ dan Sifat: Tawhid versi mereka ini boleh menjerumuskan seseorang ke lembah tashbih dan tajsim
i. Menterjemahkan istawa sebagai bersemayam/bersila
ii. Merterjemahkan yadd sebagai tangan
iii. Menterjemahkan wajh sebagai muka
iv. Menisbahkan jihah (arah) kepada Allah (arah atas – jihah ‘ulya)
v. Menterjemah janb sebagai lambung/rusuk
vi. Menterjemah nuzul sebagai turun dengan zat
vii. Menterjemah saq sebagai betis
viii. Menterjemah asabi’ sebagai jari-jari, dll
ix. Menambah bi zatihi haqiqatan [dengan zat secara hakikat] di akhir setiap ayat-ayat mutashabihat
2.Tafwidh yang digembar-gemburkan oleh mereka adalah bersalahan dengan tafwidh yang dipegang oleh ulama’ Asha’irah
3.Memahami ayat-ayat mutashabihat secara zahir tanpa huraian terperinci dari ulama’ mu’tabar
4.Menolak Asha’irah dan Maturidiyyah yang merupakan majoriti ulama’ Islam dalam perkara Aqidah
5.Sering mengkrititik Asha’irah bahkan sehingga mengkafirkan Asha’irah
6.Menyamakan Ashai’rah dengan Mu’tazilah dan Jahmiyyah atau Mua’ththilah dalam perkara mutashabihat
7.Menolak dan menganggap pengajian sifat 20 sebagai satu konsep yang bersumberkan falsafah Yunani dan Greek
8.Berselindung di sebalik mazhab Salaf
9.Golongan mereka ini dikenali sebagai al-Hashawiyyah, al-Mushabbihah, al-Mujassimah atau al-Jahwiyyah dikalangan ulama’ Ahli Sunnah wal Jama’ah
10.Sering menjaja kononnya Abu Hasan Al-Ash’ari telah kembali ke mazhab Salaf setelah bertaubat dari mazhab Asha’irah
11.Mendakwa kononnya ulama’ Asha’irah tidak betul-betul memahami fahaman Abu Hasan al-Asha’ri
12.Menolak ta’wil dalam bab Mutashabihat
13.Sering mendakwa bahawa ramai umat Islam telah jatuh ke kancah syirik
14.Mendakwa bahawa amalan memuliakan Rasulullah SAW boleh membawa kepada syirik
T15.idak mengambil berat kesan-kesan sejarah para anbiya’, ulama’ dan solihin dengan dakwaan menghindari syirik
16.Kefahaman yang salah berkenaan syirik sehingga mudah menghukum orang sebagai membuat amalan syirik
17.Menolak tawassul, tabarruk dan istighathah dengan para anbiya’ serta solihin
18.Mengganggap tawassul, tabarruk dan istighathah sebagai sebagai cabang-cabang syirik
19.Memandang remeh karamah para awliya’
Menyatakan bahawa ibu bapa dan datuk Rasulullah SAW tidak terselamat dari azab api neraka.


SIKAP


1.Sering membid’ahkan amalan umat Islam bahkan sampai ke tahap mengkafirkan mereka
2.Mengganggap diri sebagai mujtahid atau berlagak sepertinya (walaupun tidak layak)
3.Sering mengambil hukum secara langsung dari al-Quran dan hadis (walaupun tidak layak)
4.Sering memperlekehkan ulama’ pondok dan golongan agama yang lain.
5.Ayat-ayat al-Quran dan Hadis yang ditujukan kepada orang kafir sering ditafsir ke atas orang Islam.
6.Memaksa orang lain berpegang dengan pendapat mereka walaupun pendapat itu shazz (janggal)


ULUM HADIS


1.Menolak beramal dengan hadis dhaif
2.Penilaian hadis yang tidak sama dengan ulama’ hadis yang lain
3.Mengagungkan Nasiruddin al-Albani di dalam bidang ini [walaupun beliau tidak mempunyai sanad bagi menyatakan siapakah guru-guru beliau dalam bidang hadis. Bahkan umum mengetahui bahawa beliau tidak mempunyai guru dalam bidang hadis dan diketahui bahawa beliau belajar hadis secara sendiri dan ilmu jarh dan ta’dil beliau adalah mengikut Imam al-Dhahabi].
4.Sering menganggap hadis dhaif sebagai hadis mawdhu’ [mereka melonggokkan hadis dhaif dan palsu di dalam satu kitab atau bab seolah-olah kedua-dua kategori hadis tersebut adalah sama]
5.Perbahasan hanya kepada sanad dan matan hadis, dan bukan pada makna hadis. Oleh kerana itu, perbincangan syawahid tidak diambil berat
6.Perbincangan hanya terhad kepada riwayah dan bukan dirayah.


ULUM QURAN


1.Menganggap tajwid sebagai menyusahkan dan tidak perlu (Sebahagian Wahhabi Malaysia yang jahil)


FIQH


1.Menolak fahaman bermazhab kepada imam-imam yang empat; pada hakikatnya mereka bermazhab “TANPA MAZHAB”
2.Mengadunkan amalan empat mazhab dan pendapat-pendapat lain sehingga membawa kepada talfiq yang haram
3.Memandang amalan bertaqlid sebagai bid’ah; kononnya mereka berittiba’
4.Sering mengungkit soal-soal khilafiyyah
5.Sering menggunakan dakwaan ijma’ ulama dalam masalah khilafiyyah
6.Sering bercanggah dengan ijma’ ulama’
7.Menganggap apa yang mereka amalkan adalah sunnah dan pendapat pihak lain adalah bid’ah
8.Sering mendakwa orang yang bermazhab sebagai ta’sub mazhab
9.Salah faham makna bid’ah yang menyebabkan mereka mudah membid’ahkan orang lain
10.Sering berhujah dengan al-tark, sedangkan al-tark bukanlah satu sumber hukum
11.Mempromosikan mazhab fiqh baru yang dinamakan sebagai Fiqh al-Taysir, Fiqh al-Dalil, Fiqh Musoffa, dll [yang jelas terkeluar daripada fiqh empat mazhab]
12.Sering mewar-warkan agar hukum ahkam fiqh dipermudahkan dengan menggunakan hadis “Yassiru wa la tunaffiru” sehingga menjadi lebih parah daripada tatabbu’ al-rukhas 13.Sering mengatakan bahawa fiqh empat mazhab telah ketinggalan zaman


Najis
1. Sebahagian daripada mereka sering mempertikaikan dalil bagi kedudukan babi sebagai najis mughallazah


Wudhu’
1. Tidak menerima konsep air musta’mal
2. Bersentuhan lelaki dan perempuan tidak membatalkan wudhu’
3. Membasuh kedua belah telinga dengan air basuhan rambut dan tidak dengan air yang baru.


Azan
1. Azan juma’at sekali; azan kedua ditolak


Solat
1. Mempromosi “Sifat Solat Nabi SAW’, dengan alasan kononnya solat berdasarkan fiqh mazhab adalah bukan sifat solat Nabi SAW yang sebenar
2. Menganggap lafaz usolli sebagai bid’ah
3. Berdiri secara terkangkang
4. Tidak membaca ‘Basmalah’ secara jahar
5. Menggangkat tangan sewaktu takbir pada paras bahu
6. Meletakkan tangan di atas dada sewaktu qiyam
7. Menganggap perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam solat sebagai perkara bid’ah (sebahagian Wahhabiyyah Malaysia yang jahil)
8. Menganggap qunut Subuh sebagai bid’ah
9. Menggangap penambahan “wa bihamdihi” pada tasbih ruku’ dan sujud adalah bid’ah
10. Menganggap menyapu muka selepas solat sebagai bid’ah
11. Solat tarawih hanya 8 rakaat; yang lebih teruk lagi, mengatakan solat tarawih itu sebenarnya adalah solat malam (solatul-lail) seperti yang dibuat pada malam-malam biasa.
12. Zikir jahar di antara rakaat-rakaat solat tarawih dianggap bid’ah
13. Tidak ada qadha’ bagi solat yang sengaja ditinggalkan
14. Menganggap amalan bersalaman selepas solat adalah bid’ah
15. Menggangap lafaz sayyiduna (taswid) dalam solat sebagai bid’ah
16. Menggerak-gerakkan jari sewaktu tahiyyat awal dan akhir
17. Boleh jama’ dan qasar walaupun kurang dari dua marhalah
18. Memakai jubah dengan singkat yang melampau
19. Menolak sembahyang sunat qabliyyah sebelum Jumaat


Doa, Zikir dan Bacaan al-Quran
1. Menggangap doa beramai-ramai selepas solat sebagai bid’ah
2. Menganggap zikir dan wirid beramai-ramai selepas sembahyang atau pada bila-bila masa sebagai bid’ah
3. Mengatakan bahawa membaca “Sodaqallahul-‘azim” selepas bacaan al-Quran adalah bid’ah
4. Menyatakan bahawa doa, zikir dan selawat yang tidak ada dalam al-Quran dan Hadis sebagai bid’ah. Sebagai contoh mereka menolak Dala’il al-Khayrat, Selawat al-Syifa’, al-Munjiyah, al-Fatih, Nur al-Anwar, al-Taj, dll.
5. Menganggap amalan bacaan Yasin pada malam Jumaat sebagai bid’ah yang haram
6. Mengatakan bahawa sedekah atau pahala tidak sampai kepada orang yang telah wafat
7. Mengganggap penggunaan tasbih adalah bid’ah
8. Mengganggap zikir dengan bilangan tertentu seperti 1000 (seribu), 10,000 (sepuluh ribu), dll sebagai bid’ah
9. Menolak amalan ruqiyyah shar’iyyah dalam perubatan Islam seperti wafa’, azimat, dll
10. Menolak zikir isim mufrad: Allah Allah
11. Melihat bacaan Yasin pada malam nisfu Sya’ban sebagai bid’ah yang haram
12. Sering menafikan dan mempertikaikan keistimewaan bulan Rajab dan Sya’ban
13. Sering mengkritik kelebihan malam Nisfu Sya’ban
14. Mengangkat tangan sewaktu berdoa’ adalah bid’ah
15. Mempertikaikan kedudukan solat sunat tasbih


Pengurusan Jenazah dan Qubur
1. Menganggap amalan menziarahi maqam Rasulullah SAW, para anbiya’, awliya’, ulama’ dan solihin sebagai bid’ah dan solat tidak boleh dijama’ atau qasar dalam ziarah seperti ini
2. Mengharamkan wanita menziarahi kubur
3. Menganggap talqin sebagai bid’ah
4. Mengganggap amalan tahlil dan bacaan Yasin bagi kenduri arwah sebagai bid’ah yang haram
5. Tidak membaca doa’ selepas solat jenazah
6. Sebahagian ulama’ mereka menyeru agar Maqam Rasulullah SAW dikeluarkan dari masjid nabawi atas alasan menjauhkan umat Islam dari syirik
7. Menganggap kubur yang bersebelahan dengan masjid adalah bid’ah yang haram
8. Doa dan bacaan al-Quran di perkuburan dianggap sebagai bid’ah


Munakahat
1. Talak tiga (3) dalam satu majlis adalah talak satu (1)


Majlis Sambutan Beramai-ramai
1. Menolak sambutan Mawlid Nabi; bahkan menolak cuti sempena hari Mawlid Nabi; bahkan yang lebih teruk lagi menyamakan sambutan Mawlid Nabi dengan perayaan Kristian bagi nabi Isa a.s.
2. Menolak amalan marhaban
3. Menolak amalan barzanji.
4. Berdiri ketika bacaan mawlid adalah bid’ah
5. Menolak sambutan Ma’al Hijrah, Isra’ Mi’raj, dll.

Haji dan Umrah

1. Cuba mengalihkan "Maqam Ibrahim a.s." namun usaha tersebut telah dipatahkan oleh al-Marhum Sheikh Mutawalli Sha'rawi apabila beliau pergi bertemu dengan Raja Faisal ketika itu.
2. Menghilangkan tanda telaga zam-zam untuk dielak oleh orang yang bertawaf ketika bertawaf.
3. Mengubah tempat sa'ie di antara Sofa dan Marwah yang mendapat tentangan ulama' Islam dari seluruh dunia.

PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN


1. Ramai para professional menjadi ‘ustaz-ustaz’ mereka (di Malaysia)
2. Ulama’ yang sering menjadi rujukan mereka adalah:
a. Ibnu Taymiyyah
b. Ibnu al-Qayyim
c. Muhammad Abdul Wahhab
d. Sheik Abdul Aziz Ibn Bazz
e. Nasiruddin al-Albani
f. Sheikh Soleh Ibn Uthaimin
g. Sheikh Soleh Fawzan al-Fawzan
3. Sering mewar-warkan untuk kembali kepada al-Quran dan Hadis (tanpa menyebut para ulama’, sedangkan al-Quran dan Hadis sampai kepada umat Islam melalui para ulama’ dan para ulama’ jua yang memelihara al-Quran dan Hadis untuk umat ini)
4. Sering mengkritik Imam al-Ghazali dan kitab “Ihya’ Ulumiddin”


PENGKHIANATAN MEREKA KEPADA UMAT ISLAM


1. Bersepakat dengan Inggeris dalam menjatuhkan kerajaan Islam Turki Usmaniyyah
2. Melakukan perubahan kepada kitab-kitab turath yang tidak sehaluan dengan mereka
3. Ramai ulama’ dan umat Islam dibunuh sewaktu kebangkitan mereka
4. Memusnahkan sebahagian besar kesan-kesan sejarah Islam seperti tempat lahir Rasulullah saw, jannat al-Baqi’ dan al-Ma’la [makam para isteri Rasulullah SAW di Baqi’, Madinah dan Ma’la, Mekah], tempat lahir Sayyiduna Abu Bakr dll, dengan hujah perkara tersebut boleh membawa kepada syirik
5. Di Malaysia, sebahagian mereka dahulu dikenali sebagai Kaum Muda atau Mudah [kerana hukum fiqh mereka yang mudah, ia merupakan bentuk ketaatan bercampur dengan kehendak hawa nafsu].
6. Antara nama/seruan yang pernah digunakan/dilaungkan oleh mereka di Malaysia dahulu ini ialah Ittiba’ Sunnah. Pihak Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-14 yang bersidang pada 22-23 Oktober 1985 telah pun mengeluarkan fatwa menyatakan kesesatan ajaran Ittiba’ al-Sunnah ini.


TASAWWUF DAN TAREQAT


1. Sering mengkritik aliran Sufi dan kitab-kitab sufi yang mu’tabar
2. Sufiyyah dianggap sebagai terkesan dengan ajaran Budha dan Nasrani
3. Tidak dapat membezakan antara amalan sufi yang benar dan amalan bathiniyyah yang sesat
Perhatian:


Sebahagian daripada ciri-ciri di atas adalah perkara khilafiyyah. Namun sebahagiannya adalah bercanggah dengan ijma’ dan pendapat mu’tamad empat mazhab. Sebahagian yang lain adalah perkara yang sangat kritikal dalam masalah usul (pokok) dan patut dipandang dengan serius.Ini adalah sebahagian daripada ciri-ciri umum golongan Wahhabiyyah yang secara sedar atau tidak diamalkan dalam masyarakat kita. Sebahagian daripada ciri-ciri ini adalah disepakati di antara mereka dan sebahagiannya tidak disepakati oleh mereka. Ini adalah kerana di dalam golongan Wahhabiyyah ada berbagai-bagai pendapat dan mazhab dalam berbagai peringkat. Apatah lagi apabila setiap tokoh Wahhabiyyah cuba berijtihad dan mengenengahkan pendapat masing-masing sehingga sebahagiannya terpesong terlalu jauh dari aliran Ahlus-Sunnah wal-Jama’ah. Kami terpaksa mengugurkan banyak lagi ciri-ciri lain yang berkaitan bagi meringkaskan risalah ini. Wallahu A’lam.

Gambar2 Berqasidah Di Rumah Tengku

Inilah antara gambar2 kenangan sewaktu dijemput berqasidah dirumah tengku fatimah.dia nie pelajar maahad pompuan.Kisahnyer bermula dari......... dia telah mengenali Faiz Leki(ahli jemaah Qasidah) melalui friendster dan melihat gambar group2 Qasidah lalu menghubungi Faiz sempena dengan hari perkahwinan kakanyer.Lalu dia pun menjemput kami membuat persembahan dirumahnye.Best jgk g sana bulehlah sesen dua.Yang menariknyer Faiz Leki nie ado skandal dgn tengku nie,bekali tg. kene di sero.Mugo faiz ni ore smart.



Live Bergambar Ketika Sebelum Memulakan Konsert



(Dari kanan Rasyidi,Ammar Azlan,Badrul Amin,Faiz Leki Dan Thoriq. Barisan belakang Faris Dewa,Pudin dan Asif)

Selepas selesai menunaikan solat zohor berjemaah di rumah tg. sambil menanti ketibaan pengantin

(Dari kanan Asif, Shafiq,Abe Nik Zaidi,Faris Dewa,Faiz Leki,Syidi,Ammar,Pudin,Badrul dan Rudy.Duduk Thoriq dan Muhsin)


Menyambut Pengantin dengan alunan selawat keatas Nabi S.A.W. di muka pintu

(Dari kanan Muhsin,Syidi, Asif, Rudy, Abe Nik Zaidi,Badrul dan Thoriq)

Orang lain x puah hati xleh ambik ghetek demo tu suruh ambik semula huhuhu

(Dari kanan Muhsin,Syidi,Faiz Leki,Ammar,Asif,Pudin,Rudy,Faris Dewo,Abe Nik Zaidi,Shafiq,Badrul Amin, dan Thoriq)

Masih teringat di benak ku pada tgh hari itu Abe Nik telah memberitahu bahawa gende tu biar Dio, Rudy dan Shafiq sajo jah main dale rumah.Tapi Faris Dewo dan Syidi x puah hati kes x leh main mugo gengde ado lebih.huhuhu lucu sengoti dio x hira main jgk ktk live show nmpk bera jgklah ckit2.owwwh kengane manis belako nieeee.Demo nie usha ko Faiz Leki oyak dio kene ko tg.yang menarik lagi nyoh rupa2nya tuan rumah nie waris dgn Abe Nik yg ku sayangi.terlupa disini ingin ku ucapkan beribu-ribu ucapan terima kasih x terhingga diatas segala jasa Abe Nik Zaidi mendidik dan mengajar kami selama ini.Ku doakan semoga maqamMu sentiasa meningkat dicc Allah taala.Amin

Koleksi Gambar2 Kenangan

(Gamabar Kenangan Sewaktu Qasidah di Majlis Kahwin Ruamah Abg Fadhil)
Didepan Badrul dan dibelakang Ahmad Husairi


(Gambar Kenangan Di Pondok Lubuk Tapah)
Dari Kanan Abang Ameer,Hasif Zaaba, Badrul Amin dan Abang Khairol







Ahad, 16 Ogos 2009

Diari Hidup Gua(Zaman Sekolah Rendah)

Nama ku Badrul Amin, ku dilahirkan apada tanggal 22 September 1991 di Hospital HUSM Kelantan.Owww rupanya aku berasal dari negeri Che Siti Wan Kembang.Zaman tadikaKu dimulai dgn ibuku ingin menghantar daku ke sekolah PASTI ABIM dkt dgn pekan machang,ketika itu usianyaku mencecah 6 tahun.Tetapi aku x nak pegi kerna ku rasa ketakutan. Ntah kenapa ku rasa begitu.Akhirnya aku x masuk sekolah tadika pada ketika itu sehinggalah aku naik ke darjah satu di Sekolah Kebangsaan Hamzah 2.Masih mekar dibenak akalku bagaimana pengalaman Ku mula2 merasai alam persekolahan.Hu hu hu skr utk ku tasawurkan kembali sgl detik2, bab, dan kisah2 lamaku. Apa yg pasti pada hari pertama persekolanku pelbagai ragam dan jenis perangai manuia yang dapat ku saksikan.Yang paling ku ingati ialah seorg bdk drjah satu yg tidak mau ibunye meninggalkannya sehingga ibunya terpaksa menemankan nye sehingga beberapa bulan yang lama di sekolah itu.Jika ibunya ghaib sedikit nescaya dicari dan diraung sekuat-kuatnye nama ibunya itu.Jika ibunya balik kerumah meninggalkannyer, nescaya dia pun akan pulang kerumah juga walau berseorangan.

Sekian dulu versi ini