Jumaat, 16 Oktober 2009

Lawatan Sayyid Ahmad Alawi ke Kelantan

Assalamulakum warahmatullah hi wabarokatuh.Pertama sekalinya, kita bersyukur banyak2 ke hadrat Ilahi diatas rahmatnya yang telah memperjalankan wali nya ke bumi barakah Kelantan Darul Naim.Inilah julung kali pertamanya ulamak dunia Sayyid Ahmad Alawi telah memijak kakinya disini.Mungkin ini berkat dari Tuan Guru kami Baba Abdul Aziz AsShafie yang merupakan ulamak dunia yang tidak mungkin akan kita jumpai lagi walau dimana pun kita berada.Kerananya ramai ulamak2 yang benar-benar memegang khazanah Nabi Muhammad S.A.W. dapat kita kenali.Syukur kepada Allah diatas hadiah yang tiada nilai yang boleh dibayar.Sayyid Ahmad telah berada disana dalam lebih kurang 3 hari lebih. Betapa rugi rasanya daku tidak sempat berjumpa dengannya kerana ketika itu daku sedang mengikuti Progran Jaulah Ulamak di Kedah. Tetapi apa yang ingin daku kongsikan disini ketibaan Sayyid Ahmad disana disambut dengan penuh taazim oleh Kerajaan Negeri Kelantan, cuma apa yang amat menyedihkan di sini lawatan beliau ke KIAS Nilam Puri tidak di sambut ibarat seperti orang asing yang di pulaukan, Kenapi ini boleh terjadi, adakah kerana Johari Mat selaku Ketu Eksekutif disana membeci Ahl bait kerana dia berfahaman dengan wahabi. Ya Allah lindungilah agama Mu dan ulamak Mu daripada manusia2 yang fasik dan munafik .Semoga Allah rahmati dan kasihi guruku Sayyid Ahmad Alawi dan Baba Abdul. Aziz. Aminnn