Isnin, 25 Januari 2010

cerita syaitan

Ada seorang manusia yang
bertemu dengan setan di waktu
subuh. Entah bagaimana awalnya,
akhirnya mereka berdua sepakat
mengikat tali persahabatan. Ketika
waktu subuh berakhir dan orang
itu tidak mengerjakan solat, maka
setan pun sambil > tersenyum
bergumam, "Orang ini memang
boleh menjadi sahabatku..!" >
Begitu juga ketika waktu Zuhur
orang ini tidak mengerjakan solat,
setan tersenyum lebar sambil
membatin, "Rupanya inilah bakal
teman sejatiku di akhirat nanti!" >
> Ketika waktu asar hampir habis
tetapi temannya itu dilihatnya
masih juga asyik dengan
kegiatannya, setan mulai terdiam.
> Kemudian ketika datang
waktunya maghrib, temannya itu
ternyata tidak solat juga, maka
setan nampak mulai gelisah,
senyumnya sudah berubah
menjadi kecut. Dari wajahnya
nampak bahawa ia seolah-olah
sedang mengingat-ingat sesuatu.
> Dan akhirnya ketika dilihatnya
sahabatnya itu tidak juga
mengerjakan solat Isya', maka
setan itu sangat panik. Ia rupanya
tidak bisa menahan diri lagi,
dihampirinya sahabatnya yang
manusia itu sambil berkata
dengan penuh ketakutan, "Wahai
sahabat, aku terpaksa
memutuskan persahabatan kita!"
> Dengan keheranan manusia ini
bertanya "Kenapa engkau ingkar
janji bukankah baru tadi pagi kita
berjanji akan menjadi sahabat?".
"Aku takut!", jawab setan dengan
suara gemetar. "Nenek moyangku
saja yang dulu hanya sekali
membangkang pada perintah-
Nya, iaitu ketika menolak disuruh
sujud pada "Adam", telah
dilaknat-Nya; apalagi engkau yang
hari ini saja ku saksikan telah lima
kali membangkang untuk
bersujud pada-Nya (Sujud pada
Allah). Tidak terbayangkan olehku
bagaimana besarnya murka Allah
kepadamu!", kata setan sambil
beredar pergi. > BACALAH
dengan mata HATI supaya dari
mata TURUN ke HATI......

Sabtu, 23 Januari 2010

rahsia awet muda

Terlanjur bercerita pasal awet muda, zaman sekarang ni ramai sangat yg gila nak awet muda
sampai sanggup bedah, cucuk &
tanam sana-sini. Tapi itu cara yg
tak asli serta melibatkan kos yg
tinggi, malah ia melanggar syariat
kerana cuba mengubah ciptaan
Allah.
Ni saya kongsikan petua awet
muda semulajadi yg dipetik dari
pelbagai sumber seperti majalah,
akhbar, email dan dari orang-
orang lama. Tapi perlu
diingatkan petua2 ni tak
dipastikan kemujarabannya
sebab tak dibuktikan secara
saintifik. Terpulanglah kepada
anda untuk mengamalkannya.
Senarai Petua Awet Muda:-
1. Sejurus bangun pagi (bangun
pagi je ya, bukan bangun
tengahari atau bangun petang),
sebelum mandi dan gosok gigi,
minum air suam dan biarkan
dalam mulut kira2 10 saat sambil
selawat 3 kali, kemudian baru
ditelan. Air liur basi kita tu ada
enzim yg boleh menjadi ubat.
Kemudian boleh amalkan petua
Rasulullah s.a.w, minum segelas
air suam dicampur sedikit madu.
Madu penawar berbagai
penyakit.
2. Lepas buat petua no.1 di atas,
urutkan pula wajah dengan air
dari bawah dagu hingga ke dahi
diiringi selawat 3 kali. Tapi ingat,
dari bawah ke atas ye, kalau dari
atas ke bawah orang kata makin
cepat berkedut pulak.Amalkan
setiap hari.
3. Kalau ikut petua orang2 tua
(otai kata org sekarang),
amalkan bangun pagi dan mandi
embun. Usap embun dari hujung
daun ke muka, rambut dan kulit
badan. Air embun ni banyak
khasiatnya. Insya Allah muka
akan berseri , badan sihat serta
awet muda. Tapi kalau duduk
kat bandar mana nak cari air
embun? Pandai2 lah!
4. Baca ayat 35 - 38 surah Al-
Waqiah dalam hati setiap kali
mandi untuk curahan pertama,
mulakan dari kepala. Tapi kalau
mandi guna shower, bacalah
masa mula2 nak mandi.
5. Setiap kali lepas solat subuh,
amalkan baca surah Yusuf,
kemudian minum air suam tiga
teguk sahaja. Amalkan dengan
jujur dan ikhlas. Insya Allah
wajah akan lebih muda dari usia
sebenar.
6. Setiap kali berdandan di
cermin, bacalah doa melihat diri
di cermin, kemudian baca
selawat di kedua tapak tangan
dan sapukan ke muka sambil
niat dalam hati agar diindahkan
wajah seperti Nabi Yusuf a.s.
Amalkan setiap pagi. Doanya
begini: إِذۡ قَالَ يُوسُفُ
لِأَبِيهِ يَـٰٓأَبَتِ إِنِّى
رَأَيۡتُ أَحَدَ عَشَرَ
كَوۡكَبً۬ا وَٱلشَّمۡسَ
وَٱلۡقَمَرَ رَأَيۡتُہُمۡ لِى
سَـٰجِدِينَ ) ٤
(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi
Yusuf berkata kepada bapanya:
"Wahai ayahku! Sesungguhnya
aku mimpi melihat sebelas
bintang dan matahari serta
bulan; aku melihat mereka
tunduk memberi hormat
kepadaku". yusuf ayat 4
7. Amalkan memotong kuku
atau rambut pada hari2 yg baik
seperti hari Isnin, Khamis &
Jumaat. Amalkan juga menanam
kuku/ rambut yg dipotong atau
gugur. Orang sekarang ni
kebanyakannya main buang je
merata. Nak potong kukupun
ada petuanya, bukan main
belasah je. Petua memotong
kuku menurut Imam an-Nawawi;
sunat memotong kuku bermula
daripada tangan kanan
kemudian tangan kiri, memotong
kuku kaki kanan kemudian kaki
kiri.
Sunat memotong kuku bermula
jari tangan kanan
keseluruhannya bermula dari jari
telunjuk sehinggalah jari
kelingking dan diikuti ibu jari,
kemudian tangan kiri daripada
jari kelingking sehinggalah ibu
jari. Sementara kuku kaki pula,
bermula kaki kanan daripada jari
kelingking sehinggalah ibu jari
kemudian kaki kiri daripada ibu
jari sehinggalah kelingking.
Bagi yg dah berkahwin, elok
kalau kuku dipotong oleh
pasangan masing2 …lebih
mengeratkan hubungan suami
isteri …hehh! Rumahtangga yg
bahagia pun penyebab kpd awet
muda.
8. Macam2 petua lagi
sebenarnya. Antaranya senyum
selalu, jangan busuk hati,
berhenti makan sebelum
kenyang, rajin makan ulam-
ulaman, jangan merokok, dsb.
Paling penting jangan tinggal
solat. Sebabnya selain memang
diwajibkan, air wudhu ’ yg
terkena wajah kita 5 kali sehari
itulah pencuci muka paling
berkesan utk menyerikan wajah
kita …dan juga hati kita.
Ini pula petua awet muda dari
Ustaz Ismail Kamus:
1. Melambatkan minum air
setelah makan - minum sedikit
(lebih kurang seteguk sahaja).
Minum setelah setengah jam
selepas makan.
2. Rajin-rajin baca Al-Quran. -
niat ikhlas kerana Allah.
3. Menanam kuku / rambut yang
dipotong atau gugur.
4. Rajin-rajin bangun
sembahyang tahajjud ditengah
malam.
5. Sentiasa tenang dan tak
marah-marah. - kerana setiap
ahli syurga itu lembut, mudah
dan mesra.
6. Mulakannya sesuatu urusan
dengan ‘nawaitu’ yg baik dan
niat kerana Allah.
Cukuplah tu, banyak2 petua pun
kalau tak diamalkan pun tak
guna juga. Yang penting hati
mau baik, jaga ‘hablum minallah’
dan jaga ‘hablum minannaas’,
insya Allah bahagia hidup kita.