Rabu, 15 September 2010

Mati Hidup Semula(mesti baca)

hasbi rabbi jallAllah ma fi qolbi ghoirullAllah.... Lailaha illAllah Nur Muhammad SollAllah.....

Allahu
Allahu
Allahu
Haq!

Lafaz suci yang terbit dari auliya Allah,,,,,, tiada dapat dihentikan dan dihalangi oleh sesiapapun... Krn ini adalah futuhat dari tuhanNya. Yang menjadi kekasih dan tempat di qalbnya.. Oh tuhan jadikan aku dari hamba-hambaMu yang dipilih oleh Mu dibawah naungan dan payung rahmatMu... Sungguh ku tahu diri ini amat jauh daripada perjalanan ahl Khawasul khawas.. Apa yang berlaku pada waktu ini adalah apa yang telah tercatat di Luh mahfuz pada suatu ketika dahulu.......
Benar kata pendeta " manusia itu tahu akan segala dosa yang dlakukan tetapi masih enggan meninggalkannnya dan manusia juga tahu akan nikmat syurga Mu tetapi tidak mahu melakukan amalan untuk mencapai mardhotillah"
Satu-satunya pintu untuk mencapai itu, iaitu kembali dan turun kepada maqam taqwa... astagfirullah rabbalbaraya... astagfirullah minal khotoyaa....

"Allah Allah rabbunAllah
Allah Allah ilahunAllah
Tubna Ila Allah
Wa rojakna ila Allah
Wanadimna Ala ma faalna"
Ya Allah tidak tahu lagi apa yang ingin ku luahkan...... Terima kasih tuhan kerana telah mengetuk pintu hati ku..... Ku hanya dapat bertahadus diatas segala anugera yang Kau berikan padaku....
Sungguhnya cahayaMu itu akan hadir di baitillah ini dengan berselawat dan mengucapkan istigfar kepada Mu...
Haqiqat syuhud amatlah sukar untuk dimiliki..... Kerana permulaan syuhud itu adalah nampak dihati ini tentang segala afal Allah ataupun dikenali dengan Syuhud Wahdatul Afal... dan peringkat kedua adalah syuhud Wahdatul Sifat iaitu memandang dihati ini segala yang berlaku terjadi dengan arahan @ sifat2 kebesaran Allah taala.. Dan yang paling tinggi adalah Syuhud Wahdatul Zat inilah setinggi2 maqam hamba dengan tuhannya... Kerana mereka meyakini bahwa segala yang wujud(majazi) adalah haqiqatnya didahului dengan tiada, kemudian Allah taala menjadikannya, maka barulah sesuatu itu terjadi dan wujud maka sesuatu itu akan kembali kepada asalnya iaitu binasa. Maka haqiqat zat wujud(haqiqi) adalah zat Allah taaala.. Oleh itu, hatinya setiap saat dan detik hanya meyakini dan merasai bahawa Allah sentiasa dekat dan hampir dengan diri seperti firman Allah yang mafhumnya : " sesungguhnya Aku terlebih hampir dengan diri kamu lebih daripada urat halkum" Sodakollah hul adhim..

Tidak hairanlah hukama mengatakan didalam kitabnya bahwasanya bagi auliya itu mereka merasai tuhannya itu seperti seorang rakyat jelata yang dhoif berada dihadapan seorang raja. Terkaku segala anggota badan tiada bergerak geri kerana takut dan rasa penghormatan yang amat tinggi kepada rajanya. Terlebih lagilah bagi auliya dengan Tuhannya.. Robbul Izati....Raja segala pemerintah langit dan bumi... Zat yang Qodimah dan Pencipta sekalian alam...
Semua ini adalah perjalanan Hati auliya Allah.... Mereka tidak sedikit pun mempertikaikan apa yang berlaku keatas diri Mereka (didalam hati mereka) kerana tahu bahawa ini adalah haqiqatnya daripada arahan Allah taala... Benarlah mafhum firman Allah :" tidak bergerak sesuatu zarah melainkan dengan izin Allah" .... Dan setiap nikmat yang melimpahi mereka nampak bahawa ini adalah Keluasan dan kasih sayang Tuhannya maka bertambah kasih dan sayanglah mereka kepada Tuhannya,,, dan jika sesuatu ujian atau musibah yang menimpa mereka, mereka akan memandang bahawa betapa kuasa dan kerasnya azab Tuhannya, maka bertambah takut dan berimanlah mereka dengan Tuhannya.. Bagi auliya mereka tidak dapat dibelengu dan ditipu oleh nafsu, syaiton, dunia, dan segala awarid dan awaiid....
Semua ini tidak dapat dicapai melalainkan masuk kepada jalanan salik dan pembersihan hati jiwa nuraniii..
Ya Alllah kurniakanlah kepada ku perjalanan seperti anbiya dan auliya Mu... Kerana inilah jalan yang paling selamat untuk mencapai kepadaMu....
Sekian Dari Hamba yang faqir
Alhamdulillah....

"Allah Allah rabbunAllah
Allah Allah ilahunAllah
Tubna Ila Allah
Wa rojakna ila Allah
Wanadimna Ala ma faalna"